Hi! Welcome Back and Stay Tune! #KitaRakyatMalaysia – Mengabungkan Usahasama Maxis bersama PERHILITAN dan Huawei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

#KitaRakyatMalaysia – Mengabungkan Usahasama Maxis bersama PERHILITAN dan Huawei

Berslogankan #KitaRakyatMalaysia, kini Maxis tampil usahasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Malaysia serta Huawei bagi menjayakan kempen The Endangered Malaysian. Kempen ini adalah tanda sokongan Maxis memulihara spesis haiwan terancam. Antara haiwan terancam yang tersenarai adalah Harimau Malayan, Tapir Malayan dan Orang Utan.

Tai Kam Leong – Ketua Jenama dan Kerjasama Maxis dan Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim – Ketua Pengarah PERHILITAN, menyatakan hidupan liar adalah sebahagian daripada warisan negara. Oleh itu, ia harus diraikan dan dilindungi. Dengan meningkatkan kesedaran tentang haiwan-haiwan ini, mereka berharap dapat memberi penjelasan mengenai keperluan untuk melindungi mereka – rakyat Malaysia yang terancam ini.

Menerusi kerjasama ini, Maxis mewujudkan kesedaran di kalangan generasi muda dengan mengadakan bengkel seni untuk pelajar e-Kelas. Lebih daripada 200 pelajar dari 15 Pusat Internet telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna dan melukis haiwan-haiwan yang dipaparkan dalam projek ini. Pelajar yang menghasilkan karya seni terbaik diberi ganjaran dengan lawatan khas ke kawasan perlindungan hidupan liar di bawah penjagaan PERHILITAN.

Pada majlis yang sama, Maxis turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM25,000 kepada PERHILITAN bagi menyokong usaha melindungi dan memulihara hidupan liar yang terancam di Malaysia. Jumlah sumbangan itu adalah hasil gabungan ikrar #KitaRakyatMalaysia, dimana untuk setiap perkongsian, Maxis akan mendermakan RM1 kepada PERHILITAN, serta sumbangan Maxis sendiri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Oorxg0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.