Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSI Memperlihatkan Siri Kad Grafik MSI SeaHawk Untuk Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Dan RTX 2080 Ti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSI Memperlihatkan Siri Kad Grafik MSI SeaHawk Untuk Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Dan RTX 2080 Ti

Bilangan siri kad grafik dengan sistem penyejukan khas nampaknya semakin meningkat kebelakangan ini, dan kini tiba giliran MSI untuk hadir dengan siri kad grafik yang direka khas untuk tujuan gaming dan lewahjam.

Siri kad grafik terbaru ini ialah siri MSI SeaHawk X dan MSI SeaHawk X EK yang hadir dengan sistem penyejukan cecair khas. Kedua-dua model penyejuk ini hadir untuk kad-kad grafik RTX 2080 dan juga RTX 2080 Ti, dan dinamakan MSI SeaHawk X RTX 2080 TiMSI SeaHawk X RTX 2080, MSI SeaHawk X EK RTX 2080 Ti dan MSI SeaHawk X EK RTX 2080.

Penyejuk MSI SeaHawk X dilihat menggunakan sistem penyejuk sama seperti sebelum ini, tetapi model SeaHawk X EK pula merupakan sistem penyejuk cecair yang dibina dengan kerjasama EKWB, sebuah jenama penyejuk cecair CPU dan GPU yang terkemuka.

Dari segi spesifikasi, kad grafik MSI SeaHawk X RTX 2080 Ti dan MSI SeaHawk X EK RTX 2080 Ti hadir dengan kelajuan 1755 MHz, manakala kad-kad grafik MSI SeaHawk X EK RTX 2080 dan MSI SeaHawk X EK RTX 2080 mempunyai kelajuan 1860MHz.

Selain daripada kelajuan GPU tersebut, perbezaan diantara kedua-dua siri kad grafik ini ialah versi SeaHawk X biasa dilengkapi dengan radiator 120mm terbina pada kad tersebut, manakala model SeaHawk X EK hadir dengan bongkah penyejukan yang boleh digunakan dengan sistem penyejukan cecair khas.

Buat masa ini, MSI masih belum mengumumkan bilakah siri kad grafik ini akan tiba di pasaran, mahupun tanda harganya, tetapi kami pasti bahawa ia akan menjadi diantara kad-kad grafik siri RTX yang termahal di pasaran.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Qf1lkW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.