Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spotify Mula Memerangi Pengguna Bukan Sekeluarga Yang Melanggan Spotify Family - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spotify Mula Memerangi Pengguna Bukan Sekeluarga Yang Melanggan Spotify Family

Spotify sedia menawarkan langganan individu pada harga RM14.90, tetapi pada masa yang sama turut menawarkan pilihan langganan pelan keluarga Spotify Family yang membolehkan pengguna melanggan pakej berkelompok pada harga lebih rendah.

Penawaran ini membolehkan setiap pengguna mempunyai akaun Spotify Premium tersendiri – tetapi pada harga yang lebih rendah berbanding melanggannya secara perseorangan. Ini sekaligus membuatkan ramai pengguna yang melanggan pakej Spotify Family – walaupun mereka bukan sekeluarga, atau tinggal bersama.

Spotify

Kini, untuk mengatasi masalah ini, Spotify telah mula mengambil tindakan terhadap hal ini. Beberapa pengguna telah mula menerima emel yang meminta pengguna Spotify Family untuk memasukkan alamat rumah sebelum dapat terus mendengar lagu melalui Spotify. Pengguna yang gagal memasukkan dan mengesahkan alamat dilihat mungkin kehilangan akses kepada langganan mereka.

Hal ini mencetuskan pelbagai persoalan dikalangan pengguna – termasuk ada yang mempersoalkan hal privasi kerana Spotify meminta data berkenaan. Pada masa yang sama, walaupun ia mungkin disalah-guna oleh sejumlah rakan-rakan dalam berjimat – boleh dikatakan juga terdapat beberapa ahli keluarga bersama yang tinggal di rumah berbeza.

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna terlibat dengan ujian pengesahan baru ini. Kita mungkin melihat kaedah lain turut digunakan oleh Spotify untuk mengelak pengguna melanggan Spotify Family secara tidak sah – dan menjana lebih pendapatan melalui pakej Spotify Premium biasa.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2N9QGpK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.