Hi! Welcome Back and Stay Tune! ViewSonic Melancarkan Projektor Mudah Alih M1 Dan Projektor 4K UHD PX747-4K - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ViewSonic Melancarkan Projektor Mudah Alih M1 Dan Projektor 4K UHD PX747-4K

Projektor adalah satu paparan tanpa skrin. Ia memancarkan cahaya yang mengandungi kandungan daripada sesebuah peranti. Baru-baru ini, ViewSonic telah melancarkan dua projektor baru yang agak menarik. Satu yang sangat mudah alih dengan sokongan pembesar suara dari harmon/kardon dan satu projektor beresolusi 4K UHD.

ViewSonic M1

ViewSonic M1 adalah projektor mudah alih. Ia bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Ia hadir dengan kaki terbina, jadi pengguna tidak lagi memerlukan tripod atau mencari alas untuk melaras sudut. Kemudian, projektornya boleh dipusing pada 360° darjah untuk memudahkan projektor di pancar pada pelbagai sudut. Disebabkan ia adalah mudah alih, ia mempunyai bateri terbina yang boleh bertahan sehingga 6 jam. Untuk memuaskan lagi pengalaman penggunaan, pembesar suara projektor ini dikuasakan dengan dua pembesar suara dari harmon/kardon.

Terdapat juga port USB-C untuk disambungkan pada peranti Android atau paparan atau juga komputer riba yang menyokong sambungan paparan melalui USB-C. Port HDMI biasa turut hadir bersama-sama dengan slot kad mikroSD untuk hiburan luar talian. Tidak jelas mengenai resolusi yang disokong. Tetapi ViewSonic mencadangkan projektor ini diletakkan pada jarak antara 1.6M sehingga 2.6M untuk saiz pancaran 60-inci sehingga 100-inci.

ViewSonic M1 dijual pada harga RM1,349 sahaja untuk pasaran tempatan.


ViewSonic PX747-4K

Untuk projektor dengan resolusi 4K UHD terbaru dari ViewSonic pula adalah projektor PX747-4K. Projektor ini memfokuskan pada paparan 4K UHD yang lebih terang berbanding pesaing. PC747-4K mempunyai kecerahan pada 3,500 ANSI lumens dan mempunyai 8.3 juta pixel clarity. Untuk menjadikan pengalaman menonton perlawanan bola sepak atau filem aksi yang hebat, projektor ini menyokong format HDR.

Menurut ViewSonic, sistem pemproses imej yang digunakan adalah SuperColor True-to-Life Color. Di mana warna yang dihasilkan adalah hampir dengan apa yang mata melihat dunia realiti. Projektor ini menggunakan port HDMI 2.0 dan juga menyokong sambungan secara terus buat Chromecast atau Amazon FireTV.

Jika berminat untuk memilikinya, ViewSonic PX747-4K dijual secara rasmi di Malaysia pada harga hanya RM5,999.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DMu4wq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.