Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Watch Ditawarkan Pada Harga Bermula RM1199 Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Watch Ditawarkan Pada Harga Bermula RM1199 Di Malaysia

Samsung ketika pengenalan Galaxy Note 9 tempoh hari, turut telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka yang dinamakan Samsung Galaxy Watch. Kini, Samsung Malaysia turut telah mengumumkan penawaran jam tangan pintar berkenaan untuk pasaran tempatan.

Samsung Galaxy Watch hadir dalam dua variasi, iaitu 46mm dan juga 42mm. Samsung Galaxy Watch menggunakan rekaan muka jam bulat, dilengkapi skrin sentuh dan menawarkan sokongan kalis air supaya boleh digunakan ketika berenang.

Samsung mengatakan Galaxy Watch menawarkan masa penggunaan sehingga lebih 80 jam lamanya. Seperti biasa, pengguna boleh menghubungkan jam tangan pintar terus ke telefon pintar dan mengikuti pelbagai notifikasi terus ke Galaxy Watch.

Galaxy Watch akan ditawarkan bermula 5 Oktober 2018, dimana pra-tempahan akan dibuka antara 1 hingga 4 Oktober 2018 kelak. Pengguna yang membuat pra-tempahan juga akan menerima tali jam tambahan bernilai RM109.

Di Malaysia, Galaxy Watch akan ditawarkan pada harga RM1199 untuk model 42mm, sementara versi 46mm pula ditawarkan pada harga RM1299.

Baca : Pandang Pertama Galaxy Watch

Beli : Galaxy Watch



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2N7S3oY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.