4 perkara anda wajib tahu tentang hartanah Bumiputera
“Tok, boleh tak jelaskan tentang hartanah Bumiputera pada saya?”
Ini antara soalan yang kerap ditanya pada Tok melalui emel. Jadi hari ni, Tok tergerak untuk jelaskan perihal hartanah Bumiputera kat korang semua.
Boleh jadi, terma ini kedengaran agak kompleks dek lambakan terma seperti Lot Bumiputera, Diskaun Bumiputera, Kuota Bumiputera, dan Tanah Rezab Melayu (atau ‘Malay Reserve Land’).
Buat korang yang masih samar-samar tentang ini, Tok akan jelaskan perkara ini sebaik mungkin.
Ini apa yang korang perlu tahu. Jemput hadamkan laju-laju.
Apakah maksud Kuota Bumiputera?
Artikel Tuan Khairul Anuar Shaharudin kat blog LoanStreet ini bakal cerahkan pemahaman kita tentang topik ini, dengan izin-Nya.
Menurut DEB (Dasar Ekonomi Baru), undang-undang Lot Kuota Bumiputera ini wujud dengan tujuan untuk tingkatkan peratus penguasaan bumiputera dalam pemilikan hartanah.
Jadi, berapa peratus nak kena capai?
Bermula dari tahun 1971, pemaju perlu beri peruntukan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan unit (tak kira hartanah kediaman atau komersial) kat bumiputera.
Sedikit informasi bonus yang Tok nak kongsi
Menurut undang-undang Malaysia, pihak berkuasa negeri diberi kuasa penuh untuk uruskan isu berkaitan hartanah.
Jadi, peraturan diskaun bumiputera tertakluk sepenuhnya kat kerajaan negeri. Ini sebab peraturan yang ada berbeza mengikut perundangan setiap negeri kat Malaysia ini.
Nak tengok jadual yang huraikan Diskaun Bumiputera untuk negeri semenanjung Malaysia? Korang boleh klik kat sini.
Apa pula maksud Lot Bumiputera?
Lot Bumiputera adalah unit atau hartanah yang boleh dibeli oleh golongan bumiputera sahaja.
Oh ya. Lot ini tak ada kaitan dengan Tanah Rizab Melayu tau.
Tok akan jelaskan lebih lanjut bab Tanah Rizab Melayu selepas ini (korang boleh baca kat bawah nanti ya).
Maklumat dalaman pasal Lot Bumiputera, yang Tok nak korang tahu
Hartanah jenis ini bagus untuk pembeli jangka masa panjang, sebab mereka tak ada niat nak jual hartanah ini dalam masa terdekat.
Tapi, ada perkara yang tak “best” yang korang kena hadap bila beli hartanah jenis ini.
Antara perkara yang tak “best” itu seperti:
- Kekurangan permintaan (demand) terhadap hartanah sebab dek kekangan pasaran (hartanah ini untuk golongan bumiputera sahaja),
- harga hartanah ini lambat naik. Ia tak sesuai untuk pelaburan jangka masa pendek, sebab tak beri kadar untung yang besar,
- halangan daripada Pejabat Tanah untuk jual hartanah ini kepada golongan bukan bumiputera.
Untuk situasi yang berbeza, Lot Bumiputera boleh ditukar status dan dijual kepada bukan bumiputera.
Dan ia tertakluk kepada beberapa syarat kat bawah ini:
- Memohon kebenaran untuk tukar status atas alasan yang kukuh (seperti tak ada permintaan kat lot tersebut pada tahun lepas, atau lain-lain alasan yang berkaitan) kat Pejabat Tanah,
- buat rayuan kepada Pejabat Tanah kalau permohonan pertama ditolak,
- membayar semula kepada pemaju Diskaun Bumiputera dari harga belian asal.
Pembeli juga kena tahu yang unit Bumi yang dah dijual, tak akan kekal sebagai unit bukan Bumiputera.
Sekiranya ada pihak yang membeli, dan dia nak jual kat pembeli yang bukan bumiputera, dia perlu memohon kebenaran balik semula kat Pejabat Tanah.
Tambahan pula, surat pemilikan tanah tak semestinya disahkan sebagai Lot Bumiputera. Ia amat jarang untuk disahkan dalam Perjanjian Jual Beli (S&P).
Adalah baik untuk pihak pembeli minta bantuan peguam untuk buat semakan semula kat Pejabat Tanah.
Ini bermaksud, tak ada polisi atau perundangan untuk menjual dalam pasaran ke-2.
Oleh sebab ini, ada beberapa masalah yang sering dihadapi oleh pemilik Lot Bumiputera bila mereka nak jual hartanah.
Salah satu masalah biasa adalah Pejabat Tanah akan menolak permohonan untuk pindah pemilikan daripada Bumiputera kepada pembeli bukan Bumiputera (walaupun unit itu bukan Lot Bumiputera).
Nota tambahan:
1) Unit pajakan ada perundangan yang lebih ketat, berbanding pegangan bebas oleh Pejabat Hartanah.
2) Adalah perkara biasa apabila permohonan untuk pindah milik daripada Bumiputera, kepada bukan Bumiputera ditolak oleh Pejabat Tanah; walaupun unit itu bukan Lot Bumiputera.
Kita masuk pula bab Diskaun Bumiputera
Pembelian hartanah berstatus Lot Bumiputera oleh warga bumiputera tertakluk kat Diskaun Bumiputera (sehingga 15% daripada harga jualan asal).
Peratus ini berbeza kat setiap negeri dalam Malaysia, dan ia ambil kadar secara langsung daripada harga hartanah yang nak dibeli.
Korang boleh tengok senarai Diskaun Bumiputera dan Kuota Bumiputera dengan klik kat sini.
Biasanya, masa hartanah dalam proses pembinaan, pihak pemaju (ini berdasarkan kebenaran daripada kerajaan negeri) akan tetapkan beberapa unit sebagai Lot Bumiputera.
Unit ini akan dipasarkan dan hanya dijual kat golongan Bumiputera sahaja.
Tapi ada masalah lain pula. Dan ia berkait dengan kekurangan permintaan (demand) daripada golongan bumiputera.
Ini jadi sebab utama pihak pemaju sukar nak jual unit tersebut untuk elakkan kerugian dan penalti daripada pihak berkuasa.
Untuk atasi masalah ini, pihak pemaju akan kumpulkan senarai pembeli bumiputera, kemudian baru tetapkan jumlah unit untuk Lot Bumiputera. Cara ini lebih selamat dan mudah untuk pemaju buat.
Diskaun Bumiputera akan diguna dalam pembelian setelah mendapat kebenaran daripada pihak pembeli.
Ini info Diskaun Bumiputera, yang tak ramai tahu
Bergantung kat lokasi hartanah, unit Bumiputera mungkin lebih susah dijual sebab ia terhad untuk golongan bumiputera sahaja.
Atas sebab ini, ramai Bumiputera (terutama sekali pelabur hartanah) tak nak beli unit ini.
Asas ekonomi jelaskan perkara ini secara lebih lanjut. Kekurangan daripada segi permintaan (demand) jadi sebab harga unit harta ini kekal rendah.
Walaupun harga hartanah lain (yang bukan Lot Bumiputera) meningkat secara mendadak, harga Lot Bumiputera akan kekal rendah, atau ia meningkat secara perlahan.
Tapi, tak semua Lot Bumiputera macam ini.
Hartanah yang terletak kat kawasan majoriti Bumiputera (seperti Shah Alam, Dengkil, atau Putrajaya) kurang ada masalah ini. Ini sebab hartanah kat kawasan ini banyak permintaan daripada golongan Bumiputera secara konsisten.
Dan yang terakhir, Tanah Rizab Melayu
Adalah perkara biasa. Ramai yang tersilap anggap yang Tanah Rizab Melayu sama maksud dengan Lot Bumiputera.
Hakikatnya, 2 jenis hartanah ini ada beza yang ketara.
Tanah Rizab Melayu hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu sahaja.
Lebih kurang sama, tapi langsung tak serupa
Tak seperti Lot Bumiputera, Tanah Rizab Melayu adalah hampir mustahil untuk diubah kepada bukan Melayu.
Untuk hal tukar milik, hartanah yang sama nilai dan saiz diperlukan untuk proses penggantian. Dan sebelum perkara ini terlaksana, pihak EXCO akan periksa kawasan daerah untuk tanah yang sesuai.
Antara ciri-ciri tambahan yang jadi beza antara Tanah Rizab Melayu dan Lot Bumiputera adalah:
- Pemilik bumiputera tak dibenarkan menyewa hartanah diatas Tanah Rizab Melayu kepada golongan yang bukan Melayu,
- semua perniagaan yang dijalankan atas Tanah Rizab Melayu mesti dimiliki oleh orang Melayu,
- syarikat yang diniagakan secara awam mesti dimiliki pemegang saham Melayu sahaja.
Nota tambahan:
Korang boleh baca lebih lanjut tentang Tanah Rizab Melayu kat sini.
—
Tok harap, dengan perkongsian yang tak seberapa ni, boleh bantu korang faham serba sedikit pasal ciri-ciri hartanah kat negara tercinta ini.
Lagi bagus kalau korang boleh ke Pejabat Tanah untuk dapatkan maklumat terkini dan lebih lanjut tentang hal hartanah.
Pada pandangan Tok, Lot Bumiputera tak sesuai untuk para pelabur yang nak jual hartanah dengan cepat.
Tapi, ia masih bagus untuk pegangan tempoh jangka masa panjang.
Terpulang kat matlamat individu. Apa-apa pun, Tok doakan yang terbaik untuk korang ya. Ameen.
The post 4 perkara anda wajib tahu tentang hartanah Bumiputera appeared first on Gila Hartanah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PItGk3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment