Adakah Rekaan Skrin Berlubang Akan Menggantikan Trend Skrin Bertakuk Pada Tahun Hadapan?
Pelbagai telefon pintar telah hadir dengan rekaan bertakuk sepanjang tahun ini dalam usaha menjadikan rekaan skrin menyeluruh dihadapan. Trend ini pada awalnya telah dipopularkan oleh Apple, dan diikuti pelbagai pengeluar lain seluruh dunia.
Pada awalnya, rekaan skrin bertakuk yang hadir ke pasaran adalah sedikit besar, tetapi ia semakin berkurangan, sehinggalah akhir-akhir ini Huawei, Oppo dan Vivo mula menggunakan rekaan peranti dengan skrin bertakuk kecil yang mengambil inspirasi rekaan “titisan air”.
Walaubagaimanapun, untuk tahun 2019 kelak, trend ini dijangka berubah, dan mungkin kita akan melihat rekaan skrin berlubang hanya untuk memposisikan kamera sahaja. Ini membolehkan rekaan skrin yang ditawarkan meliputi peratusan skrin yang lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan hari ini.
Tetapi, seperti biasa, kos untuk rekaan seperti ini mungkin sedikit mahal berbanding kebiasaan. Pada hari ini, terdapat beberapa pengeluar yang telah cuba mengatasi masalah ini dengan menyembunyikan kamera hadapan menggunakan kaedah mekanikal (seperti Oppo Find X), ataupun menggunakan rekaan kerangka boleh-luncur (seperti Mi MIx 3 dan Honor Magic 2 akan datang).
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan siapakah pengeluar pertama yang akan hadir dengan rekaan skrin berlubang ini.
The display open hole camera technology will become the mainstream technology in 2019, then you think, where is the camera position better? pic.twitter.com/4mh5G7CbeT
— Ice universe (@UniverseIce) October 18, 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Owtfwl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment