Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Memacu Inovasi Pada Telefon Pintar – Ini Antara Perkara Baru Pada Mate 20 Pro - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Memacu Inovasi Pada Telefon Pintar – Ini Antara Perkara Baru Pada Mate 20 Pro

Pelbagai pengeluar sering hadir dengan kemaskini dan versi terbaru untuk telefon pintar baru setiap tahun. Walaubagaimanapun, dengan kekerapan pengenalan telefon pintar, pembaharuan dan inovasi yang ditawarkan pada sesuatu telefon pintar semakin berkurangan dan kebiasaannya adalah sekadar mengemaskini cip pemprosesan, spesifikasi dan lensa kamera sahaja.

Namun, untuk Huawei yang menyasarkan menjadi pengeluar telefon pintar terkemuka dunia dalam tempoh setahun dua lagi, hal itu berbeza. Dengan Huawei Mate 20 yang dipertontonkan pada minggu ini, mereka memperlihatkan yang mana kemaskini peranti mereka bukan sekadar naik-taraf spesifikasi semata-mata, sebaliknya menyertakan pelbagai ciri-ciri baru bersama dengannya.

NM Kad – Menggantikan Kad Mikro-SD, Bersaiz Lebih Kecil

Huawei Mate 20 Pro

Pada hari ini, kebanyakkan telefon pintar menggunakan kad mikro-SD untuk membolehkan pengguna menambah ruangan storan. Mengubah norma ini, Huawei kini hadir dengan format kad storan mereka tersendiri yang dinamakan NM. Ia membawakan saiz seumpama kad-SIM nano, sekaligus bersaiz lebih kecil berbanding kad mikro-SD. Namun, memandangkan ia masih lagi baru, tidak mustahil kad NM ini dijual pada harga sedikit tinggi berbanding kebiasaan.

Sokongan GPS Yang Lebih Jitu

Huawei Mate 20 Pro

Bercakap mengenai sokongan GPS pada peranti, ia boleh dikatakan kadar kejituan pada telefon pintar adalah agak kurang tepat berbanding perjalanan yang kita lalui. Melalui Huawei Mate 20 Pro, pihak Huawei menambah-baik teknologi ini dengan menggunakan GPS dwi-frekuensi, sekaligus memberikan kejituaan yang lebih tinggi.

Huawei Mate 20 Pro

Kebolehan Mengecas Nirwayar Berbalik

Huawei Mate 20 Pro

Huawei Mate 20 Pro turut menyertakan sokongan pengecasan nirwayar bersama-sama dengannya. Menariknya, selain hanya sokongan pengecasan nirwayar biasa, pihak Huawei menambah baik lagi sokongannya dengan menyertakan ciri pengecasan nirwayar berbalik – sekaligus menjadikan Huawei Mate 20 Pro sebagai sebuah hab untuk mengecas peranti lain.

Memudahkan Penggunaan Pada Kaca Monitor Secara Nirwayar

Huawei Mate 20 Pro

Disamping menyertakan sokongan pengecasan nirwayar, pihak Huawei juga kini membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar mereka kepada skrin monitor dan mengubahnya kepada bentuk desktop. Sokongan dinamakan Easy Projection ini memerlukan sambungan wayar sebelum ini, tetapi melalui Mate 20, ia berubah dan boleh digunakan dengan sokongan nirwayar – melalui penggunaan teknologi Miracast.

Pengecasan Pantas 40W

Huawei Mate 20 Pro

Huawei Mate 20 Pro turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas berasaskan 40W. Melaluinya, Huawei menyatakan ia menawarkan kebolehan untuk mengecas penuh peranti dalam tempoh sekitar 68 minit – sekaligus memperlihatkan yang mana peranti ini mengecas sekitar 1.5% setiap minit apabila menggunakan pengecas asli yang disertakan bersama-sama dengannya.

Sokongan Rangkaian Lebih Pantas

Huawei Mate 20 Pro

Pihak Huawei menggunakan cip pemprosesan terbaru mereka Kirin 980 untuk pemprosesan, selain menggunakan sokongan cip rangkaian tersendiri bersama-sama dengannya. Melaluinya, peranti Huawei kini menjadi telefon pintar dengan sokongan WiFi terpantas di dunia – membolehkan sokongan muat-turun sehingga mencapai 1733Mbps. Walaubagaimanapun, seperti biasa, kelajuan akhir yang dinikmati para pengguna umum adalah berdasarkan kepada kelajuan rangkaian yang disediakan syarikat telekomunikasi masing-masing.

Penyejukan Menggunakan Kebuk Wasap

Huawei Mate 20 Pro

Akhir sekali, salah satu perkara menarik yang turut dibawakan oleh Huawei melalui Huawei Mate 20 X adalah sokongan penyejukkan berasaskan kebuk wasap – sekaligus menjadikan telefon pintar mereka lebih sejuk untuk penggunaan intensif masa lama.


Akhir kata, ia agak menarik untuk melihat Huawei turut menyertakan sejumlah ciri-ciri dan inovasi baru bersama-sama telefon pintar terbaru mereka, dan bukan sekadar kemaskini spesifikasi dan kamera semata-mata.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J7cZfi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.