Vivo Z3 Dilancarkan Di China Menggunakan Cip Snapdragon 710
Vivo kini telah pun memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan terbaru mereka di China, iaitu Vivo Z3.
Vivo Z3 hadir dengan skrin bertakuk kecil dengan skrin bersaiz 6.3-inci LCD, dijana cip Snapdragon 710, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB.
Selain itu, Vivo juga turut menawarkan variasi model menggunakan Snapdragon 670, memori 4GB RAM, dan storan 64GB.
Melengkapkan ia adalah dwi-kamera belakang 16MP + 2MP, selain kamera swafoto 12-megapixel. Menjananya adalah bateri berkapasiti 3315mAh yang dicas menggunakan kabel mikro-USB.
Buat masa ini, Vivo Z3 ini hanya disasarkan untuk pasaran di China sahaja, dimana ia ditawarkan pada harga bermula CNY1598, iaitu sekitar RM958 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CogQnb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment