Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyelidik MIT Menunjukkan Cara Terbaru Untuk Mengekang Serangan Komputer Berasaskan Spectre Dan Meltdown - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyelidik MIT Menunjukkan Cara Terbaru Untuk Mengekang Serangan Komputer Berasaskan Spectre Dan Meltdown

Intel, Microsoft dan pelbagai syarikat IT lain masih sedang berusaha keras untuk memperbaiki kelemahan CPU Spectre dan Meltdown yang membolehkan penggodam komputer untuk menyerang sistem-sistem IT melalui kelemahan CPU.

Walaupun pelbagai kemaskini ini banyak membantu menutup kelemahan tersebut, salah satu daripada masalah kemaskini tersebut ialah CPU-CPU ini akan mengalami penurunan prestasi yang cukup ketara.

Baru-baru ini, pihak penyelidik daripada Massachusetts Institute of Technology dikatakan telah hadir dengan cara mereka tersendiri untuk membendung masalah kerentanan tersebut, yang dinamakan Dynamically Allocated Way Guard, ataupun DAWG.

Teknik ini hampir sama seperti Cache Allocation Technology (CAT) yang digunakan oleh Intel, tetapi perbezaannya ialah setiap cache memori di dalam CPU tersebut akan dihalang daripada melihat apa-apa pun yang akan dilakukan oleh cache yang lain.

Menggunakan analogi tukang masak di dalam dapur, ia adalah seperti meletak penghadang untuk setiap tukang masak supaya mereka tidak dapat melihat apa tukang masak lain sedang masak dan juga peralatan yang digunakan untuk memasak.

Berbeza dengan teknologi CAT yang digunakan Intel, dimana “tukang masak” tersebut masih dapat melihat peralatan yang digunakan untuk memasak untuk meneka apa yang sedang dimasak.

Penyelidik-penyelidik MIT ini turut berharap bahawa Intel dan syarikat-syarikat yang sedang mengemaskini kerentanan Meltdown dan Spectre ini akan menggunakan teknologi mereka tidak lama lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yOnaB3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.