40 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Sabah
Sebenarnya banyak tempat menarik di Kota Kinabalu yang mungkin anda belum pernah kunjungi. Mungkin disebabkan ianya tidak begitu popular atau kurang dipromosikan. Kali ini, pihak infosantai ingin berkongsi 20 tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu, Sabah yang menarik ataupun mungkin berbaloi untuk anda kunjungi terutamanya pada musim cuti.
Mungkin juga ketika ini anda berada di Kota Kinabalu atas urusan tertentu dan berhasrat untuk menghilangkan rasa bosan anda atau ingin bersantai setelah selesai melaksanakan tugasan ‘outstation’ anda dan anda masih mempunyai banyak masa yang terluang, maka tempat-tempat menarik berikut adalah paling sesuai untuk anda boleh sampai ke tempat yang dinyatakan dalam masa yang singkat.
Berikut merupakan tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu yang sememangnya menarik untuk dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan anda.
1. Borneo Ant House
- Yuran Masuk:
- Malaysia 4-7 tahun: RM3
- Malaysia 8-12 tahun/60 tahun ke atas: RM9
- Malaysia Dewasa: RM18
- International 4-7 tahun: RM6
- International 8-12 tahun/ 60tahun ke atas: RM18
- International Dewasa: RM36
- Lokasi: Kg. Kindu, Tuaran Sabah (Klik untuk panduan lokasi)
- Masa buka: Setiap hari kecuali Jumaat (8.00AM -5:30PM)
- No. telefon: 011-2627 1373
- Laman rasmi:borneoanthouse.com
- Hotel terdekat: Lihat senarai
Borneo Ant House ataupun juga dikenali sebagai Taman Semut Borneo merupakan salah satu tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu yang terletak di Daerah Tuaran. Tempat ini merupakan salah satu tempat yang baharu namun mendapat sambutan ramai yang mana telah dibuka kepada kunjungan orang ramai secara rasminya bermula pada 1 Julai 2017.
Tempat ini adalah dalam bentuk galeri yang mana mempunyai 3 bilik pameran denga 463 replika semut, warisan budaya serta pedang.
Tempat ini juga turut dilengkapi dengan taman tema dengan persekitaran alam semulajadi, rumah pokok moden serta laluan pejalan kaki jambatan gantung san juga dilengkapi dengan kafeteria.
2. Tagal Tinopikon
- Yuran Masuk: –
- Lokasi: Kg. Notorus, Penampang Sabah, (Klik untuk panduan lokasi)
- Masa buka: Setiap hari
- No. telefon: 088-718 459
- Laman rasmi:Facebook Tinopikon
- Hotel terdekat: Lihat senarai
Tagal Tinopikon Park terletak di Kampung Notorus, Penampang. Tarikan utama tempat ini ialah ikan jenis Pelian yang jinak yang terdapat di sungai di kampung ini.
Perkataan ‘Tagal’ bermaksud larangan menangkap ikan dimana kampung ini tidak membenarkan aktiviti penagkapan ikan. Pelawat juga akan disajikan dengan makanan tradisi yang disajikan oleh penduduk kampung di sini.
Anda boleh bermandi-manda dan memberikan ikan makanan. Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah jungle trekking dan mencuba bagaimana cara menoreh getah dengan betul.
Jika pergi ketempat ini, anda perlu membuat sedikit bayaran masuk, pakaian, minuman, kasut anti licin dan barang keperluan asas yang dirasakankan perlu.
3. Kipandi Butterfly Park
- Yuran Masuk:
- Malaysia Kanak-kanak: RM5
- Malaysia Dewasa: RM10
- International Kanak-kanak: RM15
- International Dewasa: RM30
- Lokasi: Kg. Kipandi, Penampang Sabah (Klik untuk panduan lokasi)
- Masa buka: Setiap hari kecuali Isnin & Selasa (9.00AM – 4:00PM)
- No. telefon: 019-5302298
- Laman rujukan: Sabah tourism – Kipandi Butterfly Park
- Hotel terdekat: Lihat senarai
Tempat ini terletak sedikit jauh daripada Kota Kinabalu iaitu sejauh 36 kilometer dari Kota Kinabalu. Kipandi Butterfly Park atau Taman Rama-Rama Kipandi terletak di Kampung Kipandi, Moyog. Ianya terletak di jalan Penampang-Tambunan.
Setakat ini, tempat menarik ini dilaporkan mempunyai lebih 100 spesis rama-rama, 1500 spesimen rama-rama, lebih daripada 3000 jenis kumbang yang hanya boleh ditemui di Banjaran Crocker seperti Kumbang Cyclommatus Chewi, lebih kurang 500 jenis orkid, pelbagai jenis bunga dan tumbuh-tumbuhan.
4. Taman Tunku Abdul Rahman
- Yuran Masuk:
- Manukan Island : Dewasa RM23, kanak-kanak RM 18
- Mamutik Island : Dewasa RM23, kanak-kanak RM18
- Sapi Island : Dewasa RM23, kanak-kanak RM18
- Sulug Island : Dewasa RM23, kanak-kanak RM18
- Two island hops : Dewasa RM33, kanak-kanak RM28
- Three island hops : Dewasa RM43, kanak-kanak RM38
- Four island hops : Dewasa RM53, kanak-kanak RM48
- Boat charter for one island : RM204
- Boat charter for Malahom Bay : RM204
- Boat charter for Police beach : RM204
- Lokasi: Pulau, Kota Kinabalu Sabah (Klik untuk panduan lokasi)
- Masa buka: Setiap hari (8.30AM – 5:00PM)
- No. telefon: 088-523 500
- Laman rujukan: Rasmi (tarmp.com), rujukan (Sabah tourism – Tunku Abdul Rahman Park)
- Hotel terdekat: Lihat senarai
Taman Tunku Abdul Rahman terdiri daripada 5 buah pulau yang menjadi tarikan para penyelam di serata dunia. Pulau yang terkenal ini ialah Pulau Mamutik, Pulau Gaya, Pulau Sulug, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.
Disebabkan tempat yang sangat terhad, anda perlu membuat tempahan dengan lebih awal jika ingin mengunjungi pulau-pulau ini. Antara aktiviti utama yang boleh dilakukan di pulau ini ialah snorkeling dan menyelam.
Perjalanan ke taman ini mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit dengan menaiki bot laju daripada Terminal Feri Jesselton Point di Kota Kinabalu.
Taman ini beroperasi bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang manakala operasi bot laju di Jesselton Point pula bermula pada 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Untuk penerangan lebih lanjut mengenai taman ini anda boleh mengunjungi laman web Sabahtourism.
5. Atkinson Clock Tower
Atkinson Clock Tower dikatogerikan sebagai tempat menarik di Kota Kinabalu disebabkan tempat ini merupakan bangunan atau menara jam yang tertua pernah dibina di Kota Kinabalu.
Menara jam ini dibina sempena memperingati Pegawai Daerah Jesselton di suatu ketika dahulu iaitu Mendiang Francis George Atkinson yang meninggal dunia pada umur 28 tahun disebabkan oleh Borneo Fever iaitu Malaria.
Menara Jam Atkinson ini telah siap dibina pada 20 April 1905. Dengan ketinggian 50 kaki, menara ini menjadi daya tarikan pelancong terutama bagi mereka yang ingin mengambil gambar berlatarkan menara sejarah ini.
6. Pantai Tanjung Aru
Bandaraya Kota Kinabalu sememangnya sinonim dengan Pantai Tanjung Aru yang terkenal sejak dari dulu lagi. Pesisiran pantai ini menjadi pilihan utama orang ramai untuk beriadah, berjogging, berjalan-jalan, mandi-manda serta barbeku bersama keluarga atau sahabat handai setiap hari.
Pantai Tanjung Aru menjadi sesak terutamanya pada hujung minggu kerana biasanya akan terdapat aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan tertentu seperti sukaneka dan sebagainya.
Kanak-kanak juga meminati tempat ini kerana mereka berpeluang untuk mandi, bermain layang-layang, belon buih dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, pelbagai jenis layang-layang dijual di kawasan ini.
Walaubagaimanapun, ibubapa perlu mengawasi anak-anak mereka yang mandi di tepi pantai kerana terdapat obor-obor yang boleh menyebabkan kecederaan akibat sengatannya.
7. Menara Tun Mustapha
Lokasi Menara Tun Mustapha adalah lebih kurang 5 kilometer atau 15 minit perjalanan daripada pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Menara ini merupakan Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah juga merupakan salah satu daripada 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi “bangunan tergantung”.
Bangunan ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1976 dan dinamakan sempena ketua menteri sabah yang ketiga, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun. Bangunan ini berketinggian 30 tingkat dan sering menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar dan merasakan suasana restoran berputar di tingkat 18 bangunan ini.
Mudah sahaja untuk mengenali tempat menarik ini kerana anda boleh melihat bangunan ini dari pesisiran pantai jalan Kota Kinabalu ke Universiti Malaysia Sabah atau paling mudah adalah dengan menggunakan Google Maps.
8. Muzium Sabah
Muzium Negeri Sabah merupakan tempat menarik yang paling utama dan berbaloi untuk dikunjungi jika anda berada di Kota Kinabalu.
Dengan keluasan 17 hektar, tempat bersejarah ini menempatkan bangunan muzium, etanobotani dan sebuah kampung warisan.
Terdapat pelbagai artifak dan bahan bersejarah ditempatkan di dalam dan luar bangunan untuk tatapan umum.
Muzium ini dibuka setiap hari bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Yuran kemasukan sebanyak RM 2.00 dikenakan kepada orang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak dibawah 5 tahun.
9. Jesselton Point Waterfront
Terletak di pusat bandar Kota Kinabalu, Jesselton Point Waierfront merupakan salah satu daya tarikan utama di Bandaraya ini.
Selain dari pusat pengangkutan utama feri ke Taman Tunku Abdul Rahman, tempat ini mempunyai bangunan dengan binaan yang unik, pondok telefon antik, gerai-gerai tepi laut dan laluan pejalan kaki diatas air.
Di sini, pengunjung bebas berjalan-jalan dan bersantai sambil memesan makanan dan minuman di gerai serta menikmati suasana pemandangan tepi laut yang indah terutamanya pada waktu senja.
10. Taman Hidupan Liar Lokawi
Jika anda berada di Kota Kinabalu, Taman Hidupan Liar Lok Kawi adalah tempat menarik yang perlu anda kunjungi. Dengan kawasannya yang sangat luas, disini anda boleh melihat pelbagai spesis haiwan yang dilindungi seperti ular, burung, unggas, musang, pelbagai spesis rusa dan sebagainya.
Taman hidupan liar ini terletak di jalan lama Penampang- Papar. Ianya mengambil masa kira-kira 30 minit atau sejauh 21 km perjalanan daripada pusat bandar iaitu Kota Kinabalu. Untuk panduan lokasi tempat ini, anda boleh bekunjung ke pautan ini.
11. Mari Mari Cultural Village
Bagi mereka yang ingin merasai keunikan cara hidup suku etnik di Sabah iaitu, Bajau, Dusun, Murut, Lundayeh dan Rungus, maka tempat ini sangat seuai untuk anda.
Keadaan persekitaran tempat ini sangat unik kerana, rumah-rumah yang dibina adalah berasaskan kebudayaan masyarakat suku etnik di Sabah. Di sini, anda boleh merasai serta menghayati suasana kehidupan sebenar masyarakat etnik di sabah.
Mereka akan menunjukkan bagaimana menghasilkan api menggunakan buluh, demonstrasi tatoo dan melihat cara hidup serta adat mereka. Mari Mari Cultural Village terletak di Kionsom, Inanam.
Bagi anda yang berminat untuk pergi ketempat ini. Sila kunjungi pautan berikut untuk paduan lokasi. Untuk sampai ke tempat ini, anda perlu menempuh perjalanan sejauh kira-kira 20 Km atau lebih kurang 35 minit perjalanan.
12. Signal Hill Observatory Platform
Tempat ini pula adalah terletak di pusat bandar Kota Kinabalu, terletak di tempat yang tinggi dan sesuai untuk melihat persekitaran bandaraya Kota Kinabalu terutamanya pada waktu senja.
Anda hanya perlu berjalan kaki atau menaiki teksi untuk pergi ke tempat ini. Pihak infosantai menyarankan agar anda menaiki teksi kerana mereka sangat arif dan tahu selok belok di sekitar Kota Kinabalu.
Disebabkan tempat yang sedikit terpencil, anda dinasihatkan berhati-hati, pergi ke tempat ini secara berkumpulan atau seeloknya pada waktu siang bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
13. Double Six Monumen
Double Six Monumen terletak di Sembulan, Kota Kinabalu. Monumen ini dibina sempena memperingati tragedi menyedihkan melibatkan Pejuang Sabah, iaitu Tun Mohd. Fuad Stephens dan 6 Menteri Sabah yang terbunuh dalam kejadian helikopter terhempas pada 6 Jun 1976.
Tempat ini dijaga dengan baik dan menjadi tumpuan pengunjung untuk dijadikan latar belakang photo kenangan.
14. Pasar Makan Malam
Setelah sehari suntuk berjalan-jalan, pastinya hari tidak lengkap tanpa diisi dengan makan malam yang menyelerakan.
Bagi anda yang tercari-cari tempat sesuai dan murah untuk makan malam, maka Pasar Makanan Malam Kota Kinabalu merupakan tempat yang paling strategik dan sesuai bagi anda yang menginap di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.
Lokasi tempat makan malam ini hanya bersebelahan dengan Pasar Filipino. Untuk Lokasi yang lebih jelas, sila kunjungi pautan ini.
15. Zip Borneo
Perdana Park terletak di pusat bandaraya Kota Kinabalu berdekatan dengan pasar makan dan Pasar Filipina. Tempat ini sangat sesuai untuk bersantai, berehat dan begambar. Biasanya jumlah pengunjung menjadi sangat ramai terutamanya menjelang senja.
22. Cowboy Town Tuaran
Terletak lebih kurang 40 km dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabandar Cowboy Town merupakan salah satu tempat menarik yang mesti anda kunjungi apabila berada di KOta Kinabalu, Sabah. Tempat ini mulai dibuka pada tahun 2015, dengan menyediakan suasana pekan cowboy kepada para pengunjung pastinya merupakan tempat yang unik dan satu-satunya di Sabah.
Untuk masuk ke sini, pengunjung perlu mendapatkan tiket masuk yang berharga RM 10 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan percuma bagi kanak-kanak 5 tahun dan kebawah.
Jangan lupa membawa bersama tiket pembayaran kerana ianya boleh ditebus dengan minuman teh ais di restoran berdinding buluh di sekitar tempat menarik ini. Untuk sampai ke tempat ini, anda boleh menggunakan aplikasi google map.
23. Rumah Terbalik dan 3D Wonders Museum
Terletak di Tamparuli, Sabah dan mengambil masa lebih kurang 50 minit masa perjalanan atau sejauh 38km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Rumah ini mulai dibuka kepada orang ramai pada awal Februari 2012 dan sejak itu telah menarik pengunjung dari jauh mahupun dekat. Selain daripada binaan rumah secara terbalik, segala-galanya di dalam rumah, dari perabot ke peralatan rumah tangga, berlegar di atas kepala anda, dimana siling rumah menjadi lantai.
Pengunjung akan melihat beberapa hiasan dan ciri khas Sabahan yang dipamerkan di rumah ini. Di dalam garaj, kereta diletakkan terbalik. Keajaiban seni bina ini juga telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records kerana menjadi yang pertama seumpamanya di dalam negara. Pengunjung boleh menikmati makanan atau snek petang di Café Rumah Terbalik atau mengambil cenderahati di Gift Shop.
Tarikan terbaru di persekitaran Rumah Terbalik ialah 3D Wonders Museum. Muzium Keajaiban 3D ini bukan hanya pameran seni 3D terbesar di Malaysia Timur tetapi juga merupakan yang pertama dan memberi tumpuan kepada pendidikan orang ramai tentang kepentingan melindungi biodiversiti, ekosistem dan sumber semula jadi.
24. Kasih Sayang Resort
Merupakan pusat kesihatan yang terletak di Bukit Kokol Menggatal, Sabah. Selain menyediakan pakej kesihatan untuk pengunjung, tempat ini juga menyediakan pelbagai pakej seperti honeymoon, pakej pelajar dan juga tempat untuk bermesyuarat.
Kasih Sayang Resort juga mempunyai restoran yang sangat menarik dimana anda boleh melihat suasana pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu. Jika anda ingin berhibur, maka tempat ini juga menyediakan pusat karaoke untuk anda.
Dengan ketinggian 2400 meter dari paras laut menjadikan suhu di sekitar tempat ini dalam lingkungan 18 hingga 23 darjah celsius.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit daripada Kota Kinabalu diperlukan untuk sampai ke tempat menarik ini.
Kasih Sayang Resort menyediakan 20 bilik bagi pengunjung yang ingin bermalam di tempat ini.
25. Kokol Farmstay
Juga merupakan salah satu tempat peranginan menarik yang mesti dikunjungi jika anda berada di Kota Kinabalu. Jika anda mempunyai bajet yang terhad, mungkin tempat ini sesuai untuk anda. Tempat ini menyediakan restoran dan pusat penginapan khas untuk pengunjung.
Tempat ini terkenal disebabkan ianya terletak di kawasan yang tinggi, mempunyai udara yang sejuk dan nyaman dan daya tarikan utamanya ialah pemandangan yang indah terutamanya menjelang senja dan malam. Kebanyakan pengunjung yang datang menginap di tempat ini menghabiskan masa dengan menikmati pemandangan yang indah semasa waktu senja sambil minum petang.
Kokol Farmstay juga mempunyai restoran. Oleh itu, anda tidak perlu tercari-cari restoran terdekat untuk makan. Bagi anda yang berminat untuk berkunjung ke tempat ini, sila kunjungi pautan ini untuk panduan lokasi.
26. Kokol Haven Resort
Merupakan pusat peranginan yang paling terkenal di, Menggatal Kota Kinabalu. Tempat ini sudah tentunya menjadi buah mulut pengunjung yang pernah datang ke tempat ini. Kawasannya yang luas dan mampu menampung ramai pengunjung menjadikan tempat ini menjadi pilihan utama bagi sesiapa yang datang berkunjung ke Bukit Kokol.
Jika anda berada di tempat menarik ini, anda berpeluang untuk melihat pemandangan dan panorama indah terutamanya pada waktu senjakala menjelang, dengan warna-warni lampu di Bandaraya Kota Kinabalu serta sinaran matahari senja yang sangat mempersona.
Pelbagai kemudahan disediakan di tempat ini, ini termasuklah penginapan yang menghadap ke Bandaraya Kota Kinabalu dan juga Gunung Kinabalu. Dengan udara yang sejuk, segar dan nyaman maka pastinya tempat ini amat sesuai untuk anda mengambil angin serta mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kota.
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan yang melibatkan urusan upacara perkahwinan, majlis hari jadi dan sebagainya. Jika anda mencari kelainan dalam sambutan hari jadi anda, maka di sinilah tempat yang sesuai.
Kira-kira 50 minit masa diperlukan untuk sampai ke Kokol Haven Resort daripada Bandaraya Kota Kinabalu atau sejauh 30 km perjalanan melalui jalan Kokol Poring-Poring. Walaupun jarak hanyalah 30 km, masa pemanduan mengambil masa hampir sejam disebabkan keadaan jalan yang bengkang-bengkok dan berbukit. Sila kunjungi pautan berikut untuk panduan lokasi tempat ini.
27. Tandem Paragliding
Bagi anda yang meminati aktiviti lasak maka anda wajib mencuba aktiviti paragliding yang terdapat di sekitar Bukit Kokol, Kota Kinabalu. Aktiviti Paragliding merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan kerana anda berpeluang melihat alam semulajadi dari angkasa.
Kokol Paragliding memberikan peluang kepada pelawat untuk menikmati keseronokan melakukan aktiviti ‘terbang seperti burung’ pada waktu biasa dan pada waktu senja. Dataran perlepasan bagi aktiviti ini adalah berdekatan dengan Kokol Haven Resort dan dan berketinggian lebih kurang 822 meter dari paras laut. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti sukan lasak ini, sila kunjungi pautan ini.
https://ift.tt/2Et2Afj
- Sinamalai Watefall Trekking Adventure
Merupakan salah satu tempat menarik yang terletak di sekitar Menggatal, Kota Kinabalu. Sinamalai Waterfall Trekking Adventure menyediakan aktiviti lasak kepada pengunjung termasuklah berjalan kaki ke Air Terjun Sinamalai.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang dianjurkan oleh Sinamalai selain daripada aktiviti yang melibatkan air terjun. Bagi mendapatkan info terkini anda boleh menghubungi pihak pengurusan Sinamalai melalui pautan ini.
-
-
- Bukit Perahu
-
Anda peminat hiking ? Bukit Perahu mungkin sesuai untuk aktiviti lasak anda.
Terletak di Tamparuli, ini adalah salah satu daripada laluan mendaki yang menjadi buah mulut di kalangan penduduk tempatan. Juga tempat keagamaan untuk umat Katolik tempatan (dikenali sebagai St Veronica Hill), pelawat akan mendapati 14 salib dalam perjalanan ke puncak.
Ianya merupakan pendakian pendek, dan pemula mungkin mengambil masa 40 minit (bergantung pada tahap kecergasan anda) untuk mencapai puncak.
Sebaik sahaja anda sampai ke puncak, anda akan kagum dengan pemandangan sekitar Tamparuli, Tuaran dan Laut China Selatan. Itulah yang menjadikan pendakian ini begitu berbaloi.
Jika anda pergi untuk matahari terbenam, anda perlu mula mendaki pada pukul 4 petang. Ada baiknya anda membawa lampu suluh untuk kemudahan semasa perjalanan pulang nanti.
-
-
- Bukit Tirig
-
Juga merupakan tempat menarik dan serta lasak di Kota Kinabalu
Laluan mengembara yang hebat untuk pemula, perjalanan ini terletak berhampiran bandar Telipok, 25 km dari kawasan Kota Kinabalu. Para pejalan kaki dinasihatkan supaya berkelana dalam kumpulan untuk keselamatan.
Laluan sangat mudah dibandingkan dengan Bukit Perahu, lereng bukit santai dan anda akan dapat menikmati pemandangan sekitarnya kerana kurangnya rasa penat semasa pendakian.
Apabila tiba di puncak bukit, anda akan disambut dengan tanda atas diikuti oleh stesen salib. Di puncak bukit, anda dapat melihat Sungai Mengkabong dan jambatan Mengkabong yang berdiri megah.
-
-
- Bukit Padang, Kota Kinabalu
-
Bukit padang sememangnya terkenal sebagai menarik untuk aktiviti lasak sejak dahulu lagi.
Anda ingin mendaki Gunung Kinabalu ? Tempat ini sesuai untuk latihan awal pendakian anda,
Bukit Padang menawarkan beberapa laluan, pengunjung boleh memilih laluan yang sesuai dengan tahap kecergasan mereka.
Anda berminat dengan tempat lasak ini, sila kunjungi pautan ini untuk panduan lokasi anda.
-
-
- Bukit Botak, Sepanggar
-
Terletak di Sepanggar, Kota Kinabalu, penduduk tempatan menamakan bukit ini sebagai Bukit Botak kerana penampilannya. Pada puncaknya, tidak ada pokok – hanya rumput.
Berhampiran UiTM Sabah dan Politeknik Sabah, pendaki perlu melalui jejak hutan sebelum memulakan pendakian. Selepas kira-kira 30 minit berjalan kaki, pelawat akan sampai ke puncak di mana anda boleh melihat pelabuhan Sepanggar.
Sekiranya anda bercadang untuk mendaki Bukit Botak, anda dinasihatkan untuk berkunjung dengan satu kumpulan untuk menjadikan pendakian lebih meriah.
-
-
- Bukit Kopungit
-
Terletak berhampiran Hospital Queen Elizabeth 1, Bukit Kopungit terletak berhampiran Golden Hill Garden dan bertentangan dengan Sekolah Menengah Shan Tao.
Tempat ini merupakan tempat kegemaran penduduk tempatan dan juga pelancong yang gemarkan aktiviti lasak. Anda inginkan kelainan setelah bersiar-siar di sekitar Kota Kinabalu ? Tempat ini mungkin sesuai untuk anda.
Sila pergi ke pautan ini untuk panduan lokasi Bukit Kopungit.
-
-
- Kokol Hill Villa
-
Terletak di Bukit Kokol Menggatal, Kota Konabalu dan merupakan tempat yang sesuai bagi anda yang inginkan udara yang segar, nyaman dan sejuk.
Tempat ini merupakan tempat peranginan berbentuk penginapan dengan kos yang berpatutan
Terletak lebih kurang 27.2 km atau dalam 50 minit masa pemanduan biasa. Anda ingin berkunjung dan menginap di tempat ini, sila kunjungi pautan ini untuk maklumat lebih lanjut.
https://www.facebook.com/kokolhillvilla/
-
-
- Masjid Negeri Sabah
-
Juga dipanggil Masjid Terapung kerana dikelilingi air laut, yang memberikan satu pemandangan yang cukup indah dan mampu menarik perhatian pengunjung atau pelancong dari dalam dan luar negara.
Berkeluasan kira-kira 14 ekar dan boleh memuatkan sehingga 12 ribu orang jemaah dalam satu masa.
Sila ke pautan ini untuk lokasi Masjid Terapung Kota Kinabalu.
-
-
- Coral Flyer
-
Coral Flyer adalah perjalanan Flying Fox di seluruh Taman Tunku Abdul Rahman yang indah, Kota Kinabalu. Zipline island-to-island terpanjang di pulau 250 meter dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi.
Dikelola oleh Ropeskills Rigging dengan sejarah lima belas tahun membina Ziplines di Asia, jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti lasak ini. Usah risau dengan faktor keselamatan kerana pihak Topeskills Rigging mempunyai piawaian keselamatan terbaik.
Untuk sampai ke tempat ini, anda perlu menaiki feri yang terletak di Terminal Feri Jesselton Point.
Yuran yang dikenakan ialah RM 64 ( Penduduk Tempatan) dan RM 86 ( Pelancong ). Tambahan sebanyak RM 30 dikenakan bagi anda yang ingin berflying fox bersama anak anda.
Untuk panduan lebih lanjut, sila kunjungi pautan ini.
https://www.sabahtourism.com/destination/coral-flyer
-
-
- Jambatan Gantung Tamparuli
-
Merupakan tarikan utama yang terletak di Pekan Tamparuli, Kota Kinabalu.
Jika anda berkunjung ke Daerah Tamparuli, jangan lupa untuk singgah di jambatan gantung legend ini.
-
-
- Petagas War Memorial
-
Petagas War Memorial dibina sebagai peringatan bagi mereka yang kehilangan nyawa mereka mempertahankan Sabah semasa pendudukan Jepun dalam Perang Dunia II. Memorial terletak di tempat yang tepat di mana 176 gerila Sabahan dibunuh pada 21 Januari 1944.
Plak indah disusun dengan nama orang-orang yang mati, dengan rumput yang dikelilingi kawasan sekitarnya. Setiap tahun, perkhidmatan peringatan diadakan di sini pada 21 Januari untuk memperingati mereka yang berjuang dan terkorban semasa perang.
Menaiki teksi selama 15-minit dari pusat bandar akan menelan kos sekitar RM17.00 bagi setiap teksi. Anda juga boleh menggunakan Bus No. 17B (menuju ke arah Putatan) dari stesen bas di depan pusat membeli-belah Wawasan Plaza.
Maklumkan kepada pemandu bas destinasi anda dan dia akan membawa anda ke perhentian yang betul. Bas-bas yang beroperasi antara 6:30 pagi hingga 8 malam dan tambang adalah RM2.00 seorang.
-
-
- Sabah Art Gallery
-
Peminat-peminat seni, nikmati pemandangan Galeri Seni Sabah. Mengagumi butiran bangunan berbentuk unik ‘bakul’ dengan panel motif budaya hiasan penduduk asli Sabah. Bangunan itu juga menjadi bangunan 1 Hijau di Sabah dan Borneo dengan akreditasi perak oleh Panel Akreditasi Indeks Bangunan Hijau pada tahun 2012.
Dengan lebih daripada 3000 lukisan, ukiran, dan patung dipaparkan, rancangan galeri dan mempamerkan lebih daripada 12 pameran setiap tahun untuk mempamerkan artis baru, tema baru serta pendekatan baru dalam seni.
Jika anda seorang aficionado seni atau peminat seni, maka tempat ini sesuai untuk anda.
-
-
- Monsopiad Heritage Village
-
Terletak di samping Sungai Penampang terdapat banyak bangunan tradisional yang membentuk kampung Monsopiad Kebudayaan, muzium hidup yang terletak 16 km atau kira-kira setengah jam dari Pusat Bandar KK. Menurut lagenda, Monsopiad adalah pahlawan yang menakutkan yang tinggal di kampung Kuai hampir 200 tahun lalu.
Kotos Di Monsopiad atau Rumah Utama Monsopiad didedikasikan untuk kehidupan dan masa Monsopiad dan keturunannya. Turut dipamerkan adalah balang seramik, penggiling padi, barangan buluh serta kostum Bobohizan Inai Bianti, keturunan langsung Monsopiad.
Pameran lain yang menarik termasuk, restoran tradisional,House of Skulls, di mana kesemua 42 ‘trofi’ Monsopiad digantung dari kasau.
Untuk panduan lokasi, sila kunjungi pautan ini.
Bagaimana pandangan dengan perkongsian diatas ? atau ada tempat menarik berhampiran Bandaraya Kota Kinabalu tidak disenaraikan ? Anda boleh nyatakan pendapat anda melalui ruangan komen dibawah. Sila klik butang kongsi jika anda menyukai artikel ini. Terima kasih !.
Tips: Ingin bermalam di Kota Kinabalu? Dapatkan harga hotel terbaik daripada laman seperti Trivago.com, Booking.com, Expedia.com.my atau Agoda.com. Lebih MURAH daripada harga asal!
The post 40 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Sabah appeared first on InfoSantai.
✍ Sumber Pautan : ☕ InfoSantai
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tky2mR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment