Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei MateBook X Pro Dengan Webcam Boleh Disembunyikan Berharga Bermula RM4999 Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei MateBook X Pro Dengan Webcam Boleh Disembunyikan Berharga Bermula RM4999 Di Malaysia

Selain daripada peranti mudah-alih, Huawei Malaysia turut mengesahkan akan menawarkan komputer riba berkuasa tinggi mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei MateBook X Pro.

Huawei MateBook X Pro

MateBook X Pro hadir dengan skrin 13.9-inci dengan resolusi 3000×2000 pixel, menawarkan rekaan nirbingkai, dijana cip pemprosesan sehingga Intel Core i7-8850U, dijana GeForce MX150, dan memori sehingga 16GB. Huawei turut mengatakan ia hadir dengan pilihan storan sehingga 512GB SSD, selain bateri bertahan selama 12 jam lamanya.

Menariknya mengenai komputer riba ini adalah kamera web yang boleh disembunyikkan pada papan kekunci. Ia turut hadir dengan USB-C dan juga USB-A.

Di Malaysia, Huawei MateBook X Pro ditawarkan pada harga RM4999 untuk versi Intel Core-i5, selain model Core-i7 ditawarkan pada harga RM6999.

Huawei MateBook X Pro

Selain daripada model MateBook X Pro, Huawei juga mengesahkan mereka akan menawarkan variasi komputer riba mampu-milik untuk pengguna tempatan, iaitu MateBook D. Komputer riba ini hadir dengan rekaan skrin berbingkai nipis, dijana cip Intel Core gen-8, selain turut menawarkan masa bertahan bateri selama 12 jam lamanya ketika melayari web. Huawei MateBook D ini pula ditawarkan pada harga RM2999 untuk pasaran tempatan.

Kedua-dua komputer riba ini boleh didapati di Malaysia bermula 27 Oktober 2018 ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RTqsf3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.