Facebook Dilaporkan Mungkin Melambungkan Metrik Paparan Video Dengan Sengaja
Pelbagai pihak mungkin tidak menyukai metrik kiraan yang digunakan oleh Facebook untuk paparan dan tontonan video. Sebelum ini, Facebook telah mengatakan yang mana mereka mengira video berkenaan ditonton sekiranya ia dipaparkan untuk tempoh tiga saat – yang mana boleh dikatakan kurang tepat, memandangkan ia turut dimainkan secara automatik ketika pengguna menatal News Feed.
Kini lanjutan daripadanya, sejumlah pengiklan di Facebook dilihat memfailkan saman ke atas Facebook, mengatakan gergasi perkhidmatan sosial berkenaan mengetahui akan ketidak-tepatan metrik paparan video yang ditawarkan untuk pengiklan pada platform berkenaan.
Hal ini dikatakan sekaligus membuatkan pengiklan mempercayai lebih ramai meluangkan masa menonton video di Facebook berbanding platform video lain.
Untuk makluman, selain pengiklan, pelbagai syarikat media juga turut membuat pelaburan dalam menghasilkan kandungan bervideo untuk platform Facebook.
1. Facebook eats into the audiences of traditional news orgs
2. Offers metrics showing that media orgs can get massive viewership on Facebook videos
3. Media execs lay off huge numbers of writers to pivot to video
4. Except Facebook’s numbers were FAKE
5. UNIONIZE YOUR NEWSROOMS https://t.co/OTVgpJXtE6— Matt Pearce (@mattdpearce) October 17, 2018
Menurut saman yang difailkan, ia dikatakan Facebook mengetahui akan berkenaan hal ini, dan dikatakan ada kalanya ia dilambungkan sekitar 150% ke 900%. Dengan angka yang tinggi, semestinya ia secara tidak langsung membuatkan pengiklan menghabiskan lebih wang dalam mengiklan pada platform berkenaan.
Sejumlah pengiklan ini memfailkan saman ke atas Facebook disebabkan penipuan dalam perniagaan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RVWjLW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment