Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kuo : Apple Dijangka Hadir Dengan MacBook Menggunakan Cip Tersendiri Seawal 2020 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kuo : Apple Dijangka Hadir Dengan MacBook Menggunakan Cip Tersendiri Seawal 2020

Apple sedia merekabentuk cip untuk telefon pintar, selain baru-baru ini telah mengambil-alih sebahagian daripada pasukan Dialog Semiconductor. Kini, selari dengannya, laporan baru hadir daripada penganalisa popular Ming-Chi Kuo, mengatakan Apple mungkin menggunakan cip tersendiri rekaan mereka pada komputer Mac seawal 2020 atau 2021 kelak.

Dengan langkah ini, ia juga mungkin memperlihatkan Apple beralih daripada penggunaan cip Intel kepada cip mereka tersendiri – mungkin berasaskan ARM. Ini juga akan membantu Apple untuk mengeluarkan kemaskini komputer mengikut latar masa mereka tersendiri tanpa perlu terikat dengan latar masa pengeluaran cip dari Intel.

Seperti biasa, sekiranya laporan baru ini benar, maka ia akan mengambil sedikit masa untuk pembangunan cip berkenaan mencapai prestasi seumpama yang ditawarkan Intel.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan sihat ini, dan melihat apakah reaksi pihak Intel – dan adakah pengeluar komputer lain turut akan mengikut jejak langkah yang sama, seperti mana dilakukan Huawei, Samsung dan Xiaomi dengan mengeluarkan cip tersendiri untuk telefon pintar mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CqyW88

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.