Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Proton X70 Boleh Menyemak Dan Mengawal Kenderaan Menggunakan Aplikasi Khusus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Proton X70 Boleh Menyemak Dan Mengawal Kenderaan Menggunakan Aplikasi Khusus

Proton X70 merupakan salah satu kereta terbaru daripada Proton yang telah pun dibuka pra-tempahannya. Ia menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk salah satunya adalah kebolehan untuk mengawal kenderaan berkenaan menggunakan aplikasi khusus.

Melalui aplikasi berkenaan, pengguna boleh menyemak keadaan semasa kereta mereka, dan turut melakukan beberapa kawalan. Antara yang boleh dilakukan menggunakan aplikasi tersebut selain menyemak status kenderaan adalah termasuk untuk membuka bonet belakang, menutup tingkap, selain membunyikan hon.

Proton X70

Selain mengawal beberapa perkara, pengguna juga turut boleh membuat semakan tahap minyak, jarak pemanduan, kelajuan purata yang dipandu, lokasi semasa kenderaan dan sebagainya.

Menariknya juga, Proton X70 dilengkapi dengan sokongan e-SIM yang disediakan oleh Celcom. Data internet daripadanya turut boleh digunakan untuk menggunakan aplikasi Baidu Map pada sistem inforia, selain memainkan lagu daripada aplikasi Unlimited Music yang disediakan Tencent.

Pengenalan ciri-ciri ini sekaligus menjadikan Proton X70 antara kenderaan tempatan menarik yang hadir dengan sokongan kawalan menggunakan aplikasi, sekaligus memudahkan pengguna untuk mengawalnya dengan mudah walaupun pada jarak jauh.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Oy56pi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.