AMD Bakal Memperkenalkan Kad Grafik AMD Radeon RX 590 – Prestasi Dikatakan Lebih Baik Berbanding NVIDIA GTX 1060
Jika pihak NVIDIA baru sahaja memperkenalkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX yang hadir dengan peningkatan prestasi 20-30 peratus berbanding kad grafik sebelum ini dan ciri-ciri baru seperti Ray Tracing dan Deep Learning Super Sampling (DLSS).
AMD pula nampaknya bakal hadir dengan kad grafik yang dinamakan AMD Radeon RX 590, yang masih menggunakan cip pemprosesan grafik Polaris yang digunakan sejak dua generasi lalu.
Dari butiran ringkas yang dapat dilaporkan oleh WCCF Tech, ia akan menggunakan cip pemprosesan grafik Polaris 30 yang dibina menggunakan proses 12nm yang lebih efisyen. Ia juga hadir dengan jumlah pemproses strim yang sama dengan kad grafik AMD Radeon RX 580 sebelum ini.
Beberapa butiran penanda-aras juga telah tertiris ke arena web baru-baru ini, dan ia dilihat hadir dengan jumlah skor yang sedikit lebih tinggi daripada kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060, dan ura-ura mengatakan bahawa ia akan hadir pada harga $300 di bulan November kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qhlnAg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment