Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cerita Sebenar: “Kami Tak MInta Zamani Menyanyi” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cerita Sebenar: “Kami Tak MInta Zamani Menyanyi”

Cerita Sebenar: “Kami Tak MInta Zamani Menyanyi”


JURI tetap Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS menjelaskan kehadiran Zamani di atas pentas pada minggu kelima adalah atas kerelaannya sendiri.

Ramli MS berkata meskipun Zamani tidak sihat namun penyanyi itu tetap ingin meneruskan persembahannya.

“Bila Zamani tidak sihat dan dia datang ketika sound check terakhir, masa itu saya terus minta dia pulang dan berjumpa dengan doktor untuk ambil ubat.

“Tapi bila dia datang kembali suaranya semakin teruk dan saya cuba ‘modulate’ untuk turunkan key nyanyiannya tapi suara dia masih koyak.

“Jadi kami tak paksa pun sebab dia sendiri yang minta jangan ‘modulate’.

“Malah dia tidak pernah kata tidak mahu meneruskan persembahan malam itu. 

“Cuma bila muzik sudah mula tadi, dia tidak dapat keluarkan suara kerana mengalami sakit tekak yang agak teruk,” katanya selepas konsert GV5 malam tadi.

Malam tadi menyaksikan Zamani tidak dapat membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan menyebabkannya hampir tersingkir kerana tidak menerima apa-apa markah dari juri

Bagaimanapun Emarina tidak menolak imuniti yang digunakan oleh penaja utamanya, Datuk Seri Aliff Syukri.

“Ini pertandingan, penyingkiran tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku kerana kami mahu berlaku adil kepada bintang GV5 yang lain.

“Bagaimanapun kami tidak menolak apabila penaja sendiri menggunakan imuniti untuk mengembalikan bintang yang tersingkir,” katanya.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

The post Cerita Sebenar: “Kami Tak MInta Zamani Menyanyi” appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JkRlEy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.