Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana OPPO Berjaya Menjadi Sebuah Jenama Terkemuka Di Dunia? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana OPPO Berjaya Menjadi Sebuah Jenama Terkemuka Di Dunia?

OPPO boleh dikatakan masih baru di dalam arena telefon pintar apabila dibandingkan dengan jenama telefon pintar lain seperti Samsung, Apple, Sony, dan HTC. OPPO pada awalnya membangunkan peralatan elektronik seperti pemain MP3 dan mereka hanya memasuki pasaran telefon pintar pada tahun 2011. Kini, OPPO sudah pun sedia dikenali sebagai sebuah jenama terkemuka di dunia dan menurut IDC, OPPO sedang berada pada kedudukan “5 teratas” untuk pegangan pasaran telefon pintar pada saat ini.

Inovasi

OPPO mula membuka mata dunia selepas pengeluaran OPPO Find 5 pada tahun 2013. Ia merupakan sebuah produk yang mempunyai spesifikasi tinggi dan bersaing dengan peranti sezamannya seperti Samsung Galaxy S4 dan HTC One (M7). OPPO memasarkan telefon pintar dalam bentuk flagship terlebih dahulu kerana ia mudah menjadi sebutan ramai, yang mana strategi yang sama digunakan oleh OnePlus sewaktu memasarkan OnePlus One (2014). Peranti ini menjadi sebutan kerana ia hadir dengan skrin 5-inci pada resolusi 1080p, cip Snapdragon S4 Pro, dan mempunyai penawaran memori 2GB RAM – suatu spesifikasi yang cukup tinggi pada tahun 2013.

Tahun yang sama, OPPO juga memasarkan OPPO N1 dengan rekaan kamera yang boleh berputar. Ia cukup unik kerana anda boleh mengambil gambar swafoto berkualiti tinggi melalui penggunaan kamera utama. Kameranya hadir dengan sensor 13MP, membuatkan peranti ini antara yang mempunyai sistem penggambaran swafoto terbaik pada tahun tersebut. Pada tahun berikutnya, OPPO N1 digantikan dengan OPPO N3 yang mempunyai sokongan kamera yang dinaiktaraf melalui sensor 16MP.

Pada tahun 2014, OPPO mula memasarkan Find 7 yang juga berdiri di dalam kelas peranti flagship. Selain daripada spesifikasinya yang tinggi, Find 7 benar-benar berjaya menjadi buah mulut orang ramai kerana fungsi pengecasannya yang inovatif. Ia dikenali sebagai VOOC (Voltage Open Loop Multi-step Constant-Current Charging), yang membolehkan peranti dicas dari 0 hingga 75% dalam masa hanya 30 minit. Sistem pengecasan ini masih antara yang terpantas sehingga hari ini dan telah pun banyak digunakan pada kebanyakan siri peranti OPPO Find, R, dan F.

Tahun 2014 juga menyaksikan kelahiran siri OPPO R iaitu siri yang memfokuskan rekaan dan spesifikasi kelas pertengahan. Peranti sulung untuk siri ini ialah OPPO R5 – iaitu sebuah peranti yang berjaya menjadi tajuk utama pada laman-laman berita kerana ia mempunyai ketebalan 4.9mm. Ia merupakan telefon pintar ternipis di dunia setakat ini diikuti dengan Wiko Highway Pure 4G (2015) yang membawa ketebalan 5.1mm.

Pada tahun 2016, OPPO mula memasarkan siri OPPO F iaitu siri yang memfokuskan kepada penggunaan gaya hidup dan penggunaan swafoto. Di sinilah OPPO mula dikenali untuk golongan di luar penggemar teknologi atas fungsi swafotonya yang cukup menarik. Ia menyajikan sistem pencantikkan wajah “Beautify” yang membolehkan pengguna mengubah wajah dan warna kulit dalam masa nyata. Sistem ini kemudiannya menjadi ikutan pengeluar masa kini, yang rata-ratanya juga menjadi titik jualan utama ketika memasarkan peranti.

Pada tahun 2016 juga, OPPO telah mula mengumumkan Super VOOC iaitu sistem pengecasan yang lebih pantas berbanding VOOC yang masih antara yang terpantas. Teknologi pengecasan ini memerlukan rekaan bateri dipecahkan menjadi dua sel dan kemudian, meningkatkan kelajuan pengecasannya melalui sistem pengecasan selari. Dalam erti kata mudah, Super VOOC menyajikan sistem pengecasan 10V/5A dan setiap satu sel bateri akan dicas dengan sistem pengecasan 5V/5A.

Oppo SuperVOOC

Pada tahun 2017, OPPO mula menunjukkan kemampuan teknologi zoom optikal sebanyak 5 kali pada acara tahunan Mobile World Congress yang berlangsung di Barcelona. Ia dijayakan dengan sistem periskop berasaskan binaan dwi-kamera, dengan memasang sensor kedua pada kedudukan 90-darjah. Sistem ini kemudiannya akan memantulkan cahaya kepada sensor kedua dan membolehkan zoom sebanyak 5 kali dilakukan.

Terkini pada tahun 2018, OPPO berjaya mengalih perhatian ramai menerusi Find X dengan rekaan peranti berskrin penuh yang cukup unik. Ia menawarkan skrin tanpa takuk, dengan meletakkan kamera hadapan, sensor 3D, dan saluran pendengaran pada bahagian mekanikal yang boleh dikeluarkan. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi sistem imbasan wajah 3D yang futuristik selain menjadi peranti pertama dengan sistem pengecasan Super VOOC melalui OPPO Find X Automobili Lamborghini Edition.

Penghasilan Produk Yang Mendekati Pengguna

Selain daripada penghasilan peranti dengan inovasi yang menarik, kejayaan OPPO didorong dengan produk yang memfokuskan kepada keperluan pengguna. Antara contoh yang menarik di sini adalah OPPO siri F, kerana siri ini membawakan rekaan dan fungsi menarik, tetapi ditawarkan pada harga separuh daripada peranti flagship. Melihat kepada OPPO F9, ia hadir dengan rekaan yang elegan, mempunyai prestasi yang pantas untuk harian, dan menawarkan keupayaan kamera hadapan dan belakang yang cukup terang. Bukan itu sahaja, ia juga membawakan memori 6GB RAM secara terbina dan menyokong fungsi pengecasan VOOC yang masih pantas. Harga jualannya juga dilihat kompetitif untuk bersaing dengan peranti sekelasnya melalui harga RM1399.

Pengiklanan dan Kolaborasi Yang Menarik

Bagi membawa jenama ini lebih dikenali, OPPO juga menggunakan strategi pengiklanan yang cukup agesif, dengan menaja beberapa rancangan TV utama seperti perlawanan bola sepak dan program realiti. Ia sebuah langkah yang cukup bijak kerana rancangan seperti ini lebih dekat kepada pengguna bukan IT, sekaligus membuatkan orang ramai secara tidak langsung telah mengenali jenama ini. OPPO juga kerap mengadakan pengiklanan tradisional seperti di TV dan di papan-papan tanda, yang juga masih efektif sehingga hari ini. Tetapi apa yang menarik, mereka turut menjalinkan kerjasama bersama sejumlah artis popular dan kelab bola sepak untuk meningkatkan lagi kesedaran terhadap jenama OPPO ini.

Oppo F1 Plus Barcelona

Kualiti Binaan Yang Setara Dengan Jenama Lain

OPPO juga mempunyai ketahanan peranti yang cukup berdaya saing dengan pemilihan binaan yang bermutu dan mempunyai bahagian penyelidikkan yang teliti. Saya sempat melawat ke kilang OPPO di Guangdong di China, dan melihat sendiri penghasilan peranti ini dari aspek pemasangan, binaan, dan akhirnya menjadi sebuah produk untuk pengguna. Untuk memastikan peranti mempunyai binaan yang baik, mereka akan menyelidik sesuatu bahan terlebih dahulu, sebelum ia akan digunakan pada peranti yang akan dikeluarkan. Tidak cukup dengan itu, OPPO juga sentiasa menjalankan “stress test” kepada peranti-peranti keluaran mereka, yang meliputi sejumlah ujian yang ekstrem seperti ujian suhu, tekanan, dan hentakan.

Kedai Fizikal Rasmi Dan Khidmat Baik-Pulih Yang Meluas

Untuk memudahkan orang ramai mendapatkan peranti OPPO, mereka juga telah menyediakan lokasi kedai rasmi fizikal yang cukup luas di seluruh negara. Dari kedai fizikal rasmi ini, pengguna dapat melihat sendiri peranti-peranti OPPO ini dan mencuba sepuas yang mungkin sebelum membuat pembelian. Di sini juga pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat sesuatu produk yang mana diberi sendiri oleh jurujual OPPO yang terlatih. Sekiranya peranti mengalaman isu ketika penggunaan, OPPO juga menyediakan khidmat baik pulih disi yang mana peranti yang bermasalah akan dihantar ke lokasi baik-pulih utama.


Agak menarik sebenarnya kerana OPPO dahulunya hanya sebuah jenama yang menghasilkan peralatan elektronik yang kini telah berjaya menjadi sebuah jenama yang cukup dikenali di dunia. Dalam tempoh 7 tahun, jenama OPPO telah menduduki tangga 5 teratas pasaran telefon pintar dunia yang didorang daripada strategi penghasilan peranti yang cukup menarik. Mereka melakukan inovasi, menghasilkan peranti yang dekat kepada pengguna, dan mempunyai strategi pemasaran yang sangat baik dalam membawa jenama ini lebih dikenali.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Sw4aAi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.