Hi! Welcome Back and Stay Tune! Temubual Bersama Ken Wong – Presiden Lenovo Asia Pasifik Mengenai Hala Tuju Industri PC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Temubual Bersama Ken Wong – Presiden Lenovo Asia Pasifik Mengenai Hala Tuju Industri PC

Kita kini hidup di dunia pasca PC. Telefon pintar kini menggantikan komputer riba dan desktop bagi mengakses laman web, menggunakan media sosial dan melakukan kerja. Akibatnya jualan PC semasa adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan sedekad yang lalu. Namun sejak dua suku ke belakangan ini, jualan PC semakin meningkat semula kerana ramai menyedari kekurangan yang ada pada telefon pintar. Untuk melakukan tugasan lebih berat dan permainan video pada tetapan tertinggi, PC masih lagi platform terbaik.

Menurut angka yang dikongsi oleh IDC baru-baru ini, Lenovo ialah syarikat dengan peratusan pegangan pasaran tertinggi untuk suku ketiga 2018. Mereka memegang hampir 25% pasaran di hadapan HP, Dell. Acer dan Apple. Jadi apakah “sos istimewa” yang digunakan oleh Lenovo untuk menanding pesaing terdekat mereka? Di IFA awal bulan lalu, kami berkesempatan menemuramah Ken Wong, presiden Lenovo Asia Pasific. Beliau berkongsi rahsia Lenovo dan juga cabaran masa hadapan industri PC dunia.

Amanz – Apakah hala tuju pasaran komputer peribadi sekarang dengan jualan yang tidak setinggi yang dicatatkan sedekad yang lalu?

Ken Wong – Kami melihat tiga pasaran utama komputer sekarang iaitu workstation, gaming dan perkhidmatan. Ketiga-tiganya menunjukkan peningkatan dua angka tahun lalu. Peningkatan permintaan industri ke atas workstation adalah kerana perlunya komputer yang berkuasa untuk menjalankan perisian realiti maya, realiti gabungan dan suntingan video pada resolusi tinggi.

Dari segi gaming pula, tahun lalu nilai jualan mencecah $150 bilion dengan Asia Pasifik menyumbang 50%. Jadi sebab itulah gaming kini menjadi antara tumpuan kami. Dari segi perkhidmatan pula, harus saya akui seawal dua tahun lalu bukanlah tumpuan kami. Tetapi Lenovo sekarang berubah dari sebuah syarikat yang mementingkan produk kepada syarikat yang kini mementingkan pelanggan terlebih dahulu. Banyak masa dihabiskan bagi meningkatkan tahap kegembiraan pelanggan kami.

Pelanggan lebih gembira dengan tahap perkhidmatan walaupun membayar untuk Premiere Support Service. Ingin adalah tidak dijangka kerana biasanya pelanggan merungut kerana perlu membayar lebih untuk perkhidmatan yang lebih baik.  Oleh sebab itu di Lenovo, bonus pekerja kini turut bergantung kepada tahap kegembiraan pengguna dan bukan lagi sahaja pada keuntungan Lenovo sejak 2-3 tahun yang lalu.

A– Apakah jenis PC yang mendapat sambutan terbaik dari pengguna pada waktu ini?

KW– Di IFA jika anda sedar kami komputer riba yang dilancarkan hampir kesemuanya jatuh ke dalam kategori “nipis dan ringan”.  Ini ialah produk yang turut mendapat sambutan baik pengguna di Asia Pasifik. Produk kategori ini dihasilkan selepas mendengar maklum balas lebih 700 pengguna kami. Terdapat 38% pengguna yang memerlukan komputer riba yang berkuasa tetapi masih sesuai digunakan untuk tempat kerja. Mereka merasakan keperluan mereka tidak dipenuhi pengeluar sebelum ini.

Bagi golongan ini ThinkPad X1 Extreme dilancarkan. Dari luar ia kelihatan seperti sebuah ThinkPad untuk kegunaan pejabat tetapi cukup berkuasa untuk sesi permainan video di luar waktu pejabat. Ini sesuai dengan slogan kami iaitu “Stylish on the Outside, Savage on the Inside”.

A– Di Sukan Asia yang baru berakhir, buat pertamanya kalinya e-sukan disertakan sebagai acara ujian. Apakah penglibatan Lenovo dalam mengembangkan e-sukan

KW – Kami menghabiskan banyak usaha untuk menarik minat komuniti gaming. Kami menganjurkan Legion Of Champion dua tahun yang lalu di negara Asia Tengggara. Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ia kemudian dikembangkan ke Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan membawakan jumlah keseluruhan ke 10 negara. Juara dari setiap negara kemudian akan bertarung bagi mencari juara segala juara. Ini bukan sahaja untuk mencari juara tetap memupuk dan membantu komuniti gaming di samping membolehkan kami memahami keperluan mereka.

A – Negara manakah yang merupakan pasaran terbesar Lenovo Legion?

KW– China ialah yang terbesar di Asia. Di Asia Tenggara pula Thailand berapa yang paling di hadapan. Tetap pasaran gaming PC ini sebenarnya menunjukkan perkembangan pesat di semua negara India. India sebagai contoh adalah antara pasaran dengan perkembangan yang tinggi. Malahan Jepun juga sedikit mengejutkan menunjukkan trend yang sama walaupun ini selama ini lebih dikenali sebagai pasaran konsol. Ini adalah sebab mengapa Asia Pasifik seperti yang saya katakan sebelum kini ialah pasaran terbesar gaming dunia pada waktu ini.

Ini semua dipacu oleh kemampuan komputer yang bukan sahaja menawarkan prestasi permainan terbaik tetapi turut boleh menjadi peranti melakukan kerja serta digunakan sebagai alat untuk menonton rancangan hiburan. Komputer dilihat memberi nilau terbaik untuk menikmati ketiga-tiga keperluan di atas.

Pada waktu yang sama terdapat banyak inisiatif dari kerajaan untuk menyokong e-sukan sejak akhir-akhir ini. Banyak negara mahu menyokong industri gaming dan e-sukan. Penglibatan kerajaan ini saya rasakan juga adalah faktor mengapa jualan PC kembali meningkat.

A – Kami sedari peranti Lenovo tidak lagi dipasarkan di Malaysia. Malahan di IFA tiada peranti baru dilancarkan. Pihak anda mengatakan gaming ialah pasaran yang besar tetapi mengapa peranti untuk permua seakan diabaikan? Asus mempunyai ROG Phone dan Razer dengan Razer Phone? Adalah Lenovo mempunyai perancangan untuk melancarkan Legion Phone dalam masa terdekat?

KW – Kami menyedari terdapat pengguna yang menggunakan tablet untuk permua. Tetapi fokus kami pada waktu ini ialah gaming pada PC. Sebabnya adalah mudah. Terdapat lebih banyak teknologi menarik yang boleh digunapakai pada PC berbanding telefon pintar. Ingin saya menegaskan ini bukan bermakna kami melihat telefon pintar sebagai segmen yang penting, cuma PC menawarkan lebih banyak pilihan pada waktu ini. Kesemuanya adalah berdasarkan maklum balas yang dikumpul dari pelanggan-pelanggan kami. Adakah anda bersetuju lebih banyak perkara boleh dilakukan di platform PC?

A– Saya dahulu sebenarnya seorang peminat tegar permainan PC tetapi selepas berkahwin dan mempunyai anak, ia kini terlalu mahal untuk saya jadikan sebagai hobi. Oleh sebab itulah saya kini bermain menggunakan konsol kerana ia jauh lebih murah.

KW – Itu adalah pendapat yang bagus dari anda. PC untuk permainan komputer adalah mahal. Tetapi sejak 12 bulan kebelakangan ini harga jualan PC dengan spesifikasi yang baik untuk PC telah menjadi lebih mampu milik. Kami antara syarikat yang menawarkannya pada harga tersebut. Saya sarankan anda mencubanya sendiri sekiranya ingin kembali ke platform permainan pada PC.

A -Saya akan mencubanya. Terima kasih Ken Wong untuk masa anda.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2D9aw3R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.