Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 Perniagaan Modal Rendah Dengan Untung Bersih RM10,000.00 Sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 Perniagaan Modal Rendah Dengan Untung Bersih RM10,000.00 Sebulan

Perniagaan ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang menganggur, suri rumah, pemuda lepasan SPM atau pekerja yang diberhentikan kerja disebabkan keadaan syarikat yang tidak stabil.
Di bawah perniagaan yang tidak memerlukan modal yang tinggi tetapi income bersih yang baik.

1. Berniaga buah potong menggunakan motorsikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai.

Keuntungan biasanya 50%-60% daripada modal.

Katakan RM1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang).

Paling koman korang akan dapat RM350 sehari × 30 hari = RM10,500

2. Khidmat potong rumput

Guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60, kerja hanya 2 jam sebuah laman.

Tugas kita hanya perlu angkat iklan di kawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan kutip duit.

Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200.

3. Nasi Bajet dan penghantaran makanan

Buat iklan FB untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi sehari bersih dalam tangan ialahRM360 × 30 hari = RM10,800.

Fokuskan dikawasan pejabat.mesti masyuk..

4. Jual air

Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar.

Rata-rata penjual air bagitau margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080

5. Berniaga apam balik

Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%.

4 kali seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga RM2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan RM 800× 4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240

6. Jadi agen jualan produk

Jadi agen jualan produk, pilih yang laku keras bulan tu (kerana kebanyakan produk bermusim).

Cari yang menawarkan keuntungan melebihi RM50/item.

Jual guna FB Ads (tak tau guna FB Ads pergi belajar – Power Editor).

Sehari letak kos iklan RM80. Push sale sekurang-kurangnya 11 item close deal.

Setiap hari akan ada orang bank in sebanyak RM550.

Tolak kos harian iklan RM80 dan bayaran pos RM110. Bersih RM360 × 30 hari = RM10,800

Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tetapi pulangan lumayan tapi cukuplah 6 jenis ini dahulu.

Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda. Anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.

Sumber: bijokterlajok

The post 6 Perniagaan Modal Rendah Dengan Untung Bersih RM10,000.00 Sebulan appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RWSNQA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.