Cuba Aniaya Pelanggan, Astro Akhirnya Bertemu Buku Dengan Ruas! Inilah Cara Paling Win Pelanggan Ajar Astro… Memang Patut Astro Kena Macam Tu!
Kes yang dialami seorang wanita, Novianti Mohd Zain menjadi viral baru-baru ini dan perkongsiannya mendapat perhatian daripada netizen.
Kisah pelanggan teraniaya bukanlah kisah baharu, sebaliknya ada sahaja kes lebih kurang begini dilaporkan terjadi setiap hari.
Ceritanya, Novianti sudah membatalkan langganan bulanannya dengan Astro tetapi bil bulanan selepas itu tetap juga datang.
Menurutnya, tindakan pusat khidmat pelanggan Astro yang sering melengah-lengahkan aduannya membuatkan dia terpaksa membawa hal itu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.
Hanya selepas dilaporkan, barulah kesnya dipandang pihak Astro dan mereka mengambil keputusan memadamkan bil tertunggak yang dihantar kepadanya sebelum ini.
Di bawah merupakan perkongsian Novianti yang mengharapkan kisahnya dapat menjadi pengajaran kepada individu yang pernah ‘dibuli’ oleh mana-mana peniaga atau syarikat sebelum ini.
23 Februari 2016
Saya telah menghubungi Astro Call Centre untuk menamatkan perkhidmatan langganan Astro. Saya dimaklumkan bahawa saya perlu menjelaskan bayaran 1 bulan notis jika ingin menamatkan perkhidmatan iaitu sebanyak RM46.20 dalam masa 2 hari.
24 Februari 2016
Saya menyelesaikan bayaran 1 bulan notis dengan menggunakan perkhidmatan perbankan internet, CIMBClicks sebanyak RM46.20. Bererti saya masih boleh menikmati tayangan Astro sehingga 24 Mac.
*Sila rujuk gambar yang dilampirkan.
6 @ 7 Mac 2016
Wakil Astro telah menghubungi saya dan bertanya:
“Adakah puan masih menerima bil Astro?”
Saya jawab tidak dan ketika ini saya tidak menerima sebarang bil dari Astro.
“Adakah puan pasti ingin menamatkan langganan Astro?”
Saya jawab Ya.
*Panggilan ini dibuat ketika saya berada di pejabat.
Sebaik saya pulang ke rumah, saya mendapati servis Astro sudah ditamatkan kerana televisyen gelap seperti tidak menerima sebarang isyarat walaupun cuaca tidak hujan dan lampu dekoder menyala.
Saya amat kecewa kerana masih belum cukup 1 bulan notis, perkhidmatan Astro saya telah ditamatkan.
Namun saya mendiamkan diri sahaja kerana tidak mahu membazir bil telefon dan membuang masa untuk menelefon Astro Call Centre.
Saya juga telah mencabut wayar kuasa Astro dan menyimpan dekoder kerana saya tidak lagi menggunakan langganan siaran Astro.
3 April 2016
Tiba-tiba saya menerima bil Astro bagi bulan April. Bil bagi bulan Mac pula tiada. Bil bulan April berjumlah RM39.45.
Saya menghubungi pihak Astro untuk bertanyakan tentang status akaun saya dan mereka menyatakan bahawa akaun saya diaktifkan semula.
Saya terkejut dan merasa amat kecewa kerana bayaran notis penamatan telah dibuat dan wakil Astro juga telah menghubungi saya sebelum ini untuk tujuan penamatan servis langganan.
Pegawai perkhidmatan pelanggan berkenaan menyatakan bahawa mereka akan menyemak kembali dakwaan saya itu dan akan menghubungi saya semula dalam tempoh 48 jam.
Jika dakwaan saya tidak benar, saya perlu melunaskan bil yang telah dihantar.
Malangnya, selepas 48 jam, tiada seorang pun wakil Astro yang telah menghubungi saya.
28 April 2016
Saya menghubungi pihak Astro. Mereka mengesahkan bahawa saya memang ada membuat panggilan pada 3 April dan bertanyakan adakah wakil Astro yang menghubungi saya selepas tarikh tersebut? Saya hanya menjawab tiada.
Sekali lagi mereka berjanji akan menghubungi saya dalam tempoh 48 jam untuk pengesahan status akaun saya. Namun, selepas 48 jam tiada sebarang panggilan dari pihak Astro.
5 Mei 2016
Saya menerima bil bagi bulan Mei yang berjumlah RM81.80
11 Mei 2016
Saya telah memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna kerana merasakan diri telah dianiaya oleh pihak Astro dengan niat melengah-lengahkan aduan saya disamping bil terkumpul yang semakin banyak tertunggak.
Dalam tuntutan itu juga saya memohon agar saya diberikan pengecualian daripada membayar bil Astro bermula tarikh 24 Mac 2016 sehingga kes tuntutan ini diselesaikan.
*Disertakan bersama bukti pembayaran dan bil
Saya menyerahkan borang tuntutan kepada Tribunal Pengguna dan menghantar satu salinan borang tuntutan saya kepada Astro menggunakan Pos Berdaftar (wajib).
Tarikh sebutan kes ialah pada 16 Jun 2016 di mana saya akan bersemuka dengan wakil Astro.
12 Mei 2016
24 jam selepas membuat aduan pada Tribunal Pengguna, saya mendapat panggilan dari wakil Astro yang menyatakan bahawa akaun saya akan segera ditamatkan dan bil tertunggak yang dihantar kepada saya akan dipadamkan.
Alhamdulillah.
Tujuan saya berkongsi pengalaman ini adalah supaya mereka yang sedang mengalami situasi seperti saya, tolong jangan biarkan kita dianiya dan dibuli oleh syarikat ternama hanya kerana takut (takut ada macam-macam jenis takut.
Takut kena saman oleh Astro kerana tak bayar bil, takut banyak kerja kena naik turun pejabat sana sini, takut pada akhirnya kita juga yang terkena balik dan macam-macam jenis takut lagi).
Kita ada hak sebagai pengguna walaupun saya hanya melanggan pakej yang paling murah. Fight for your right.
Bawa semua bukti dan halakan kekecewaan kita kepada pihak yang betul.
InshaAllah, jika rezeki kita Alhamdulillah.
Tetapi jika tiada rezeki, tak mengapa. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha membela diri kita dan tidak membiarkan mereka berterusan ‘merompak’ kita.
~Tamat
Inilah tindakan paling tepat, gunakan hak sebagai pengguna untuk mengelakkan diri kita daripada dianiaya mahupun dibuli pihak kapitalis.
Sumber: Novianti Mohd Zain
The post Cuba Aniaya Pelanggan, Astro Akhirnya Bertemu Buku Dengan Ruas! Inilah Cara Paling Win Pelanggan Ajar Astro… Memang Patut Astro Kena Macam Tu! appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2S251rs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment