Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Letak Uri Dalam Peti Ais Sebelum Tanam Kalau Taknak Anak Jadi Begini… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Letak Uri Dalam Peti Ais Sebelum Tanam Kalau Taknak Anak Jadi Begini…

Uri, tembuni atau plasenta ni sebenarnya organ yang terbentuk dalam rahim ibu masa mengandung. Dibentuk bersama-sama dengan janin. Tujuan uri ni untuk angkut makanan dan oksigen dari ibu kepada bayi.

Selain tu, uri ni keluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu supaya dapat dibuangkan dari tubuhnya. Senang cerita, uri ni sebenarnya sebahagian daripada organ dalam proses pembentukan bayi. Masa bayi lahir, uri akan keluar bersama-sama bayi. Bayi keluar dahulu baru diikuti oleh uri. Kalau uri keluar dulu memang bahaya. Sebab tu uri kalau berada di bawah masa dah nak dekat sangat waktu bersalin tu memang bahaya sangat-sangat.

Selepas bayi dilahir, tali pusat yang menyambungkan uri dengan bayi akan diputuskan. Selepas tu uri tidak lagi memainkan apa-apa peranan.

Menurut pendapat ulama, uri dikira sebagai organ yang telah mati. Ia sama hukumnya seperti kaki yang terputus dari tubuh badan. Uri harus diuruskan dengan sempurna tetapi tidak berlebih-lebihan. Tiada hukum khusus yang berkaitan dengan membasuh dan menanam uri bayi. Sebaiknya, kita perlu bersihkan dulu uri tu dan tanam. Dinasihatkan letak batu atau benda berat atas tanah tempat yang baru tanam uri supaya tak dikorek binatang.

Kata orang tua-tua, uri dan bayi ni sebenarnya kembar. Uri ini lah kawan bayi masa dalam perut. Masa bayi hendak dilahirkan uri dan bayi ini berinteraksi sesama sendiri. Masing-masing suruh keluar dulu. Uri suruh bayi, bayi suruh uri. Uri pun cakap pada bayi, kalau dia keluar dulu, ibu dalam bahaya. Jadi nak tak nak bayi kena lah keluar dulu dan uri akan jaga ibu. Lepas bayi keluar baru lah doktor atau juru rawat akan keluarkan uri dan jahit tempat bersalin.

Kebiasaannya jururawat akan bagi uri pada keluarga ibu untuk diuruskan. Pihak klinik atau hospital akan bungkuskan uri ni siap-siap. Lengkap dengan arahan ringkas cara pengurusan uri secara umum. Iaitu basuh dan tanam. Ada juga nota yang suruh letak uri dalam peti ais kalau lambat nak uruskan sebab takut busuk.

Orang tua-tua yang faham tentang adat sangat melarang keras kalau kita letak uri dalam peti ais. Walaupun uri diuruskan lambat, ye lah, mungkin ada yang bersalin malam, tunggu esok je lah baru tanam. Atau pun bersalin petang, malam baru jururawat bagi, tak kan nak gigih korek lubang malam-malam juga kan? Tak kisah lah bila nak tanam, tapi jangan sesekali letak uri dalam peti ais. Nanti anak jadi tak tahan dengan suhu tinggi. Senang cerita, tak tahan panas. Kalau uri letak kat peti beku pula, bayi akan menggigil kesejukan. Tangan kaki dia akan selalu berpeluh. Peluh ni busuk tau.

Cuba tengok anak-anak kita, anak-anak saudara kita, anak-anak kawan-kawan kita. Ada tak yang langsung tak tahan panas? Bila panas je menangis. Badan berpeluh. Naik ruam. Susah nak tidur. Buat perangai macam-macam. Tapi bila dalam suhu sejuk, dalam air cond, dia baik je. Senang nak jaga. Kalau ada, cuba tanya mak ayah budak tu, ada letak uri dalam peti ais tak? 90% akan jawab ye. Jadi, kita ni ikut je lah pesan orang tua-tua, jangan letak uri dalam peti ais sebelum basuh. Tak rugi pun ikut adat selagi tak bercanggah dengan hukum agama.

Sumber:apeez channel

Jangan lupa share tau!

The post Jangan Letak Uri Dalam Peti Ais Sebelum Tanam Kalau Taknak Anak Jadi Begini… appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DKG68D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.