‘Saya Dapat RM14,000!’ – Wanita Ini Kongsi Cara Claim Duit Dari Akaun Bank Lama Yang Tak Dituntut…
Ramai yang menyangka duit baki dalam akaun bank yang telah ditinggalkan sekian lama, pasti tidak akan dapat dituntut lagi. Tetapi menurut Idah Basri, baki wang yang ada di dalam akaun banknya yang telah lama ditutup, boleh dituntut semula.
Apa yang mengejutkan, dia mendapat kembali wangnya sebanyak RM14,000! Banyaknya?!
Jadi bagaimanakah caranya? Anda boleh ikut perkongsian tips di bawah:
Salam semua. Nak beritahu, kalau ada sesiapa yang akaun-akaun bank lamanya yang sudah terbiar atau tutup tetapi masih ada duit di dalamnya, sebenarnya anda boleh tuntut semula wang tersebut. Walaupun jumlahnya RM20 RM30, pihak bank akan pulangkan kepada kita. Cuma perlu bawa kad pengenalan ke Pejabat Pendaftar Wang tak dituntut di tingkat 42 Menara Maybank.
Kalau tidak pasti, cuma bagi saja kad pengenalan anda pada pihak bank untuk buat semakan dan anda akan dimaklumkan ada wang untuk dituntut atau tidak. Jika ada, anda perlu mengisi borang seperti yang diarahkan.
Saya tidak pasti yang saya dapat itu duit apa. Setahu saya duit dari Citibank (kad kredit) dan ada
diantaranya duit dari syarikat insurans.
Saya selama ini tidak sedar pun syarikat insurans ada memindahkan wang ke dalam akaun bank saya. Sedangkan akaun bank itu sudah tutup sekian lama.
Pergilah periksa akaun bank lama anda. Kena rajin dan usaha sedikit sahaja. Seperti yang saya lakukan, saya dapat RM14,000!
Tips ringkas kalau nak cepat hantar borang tuntutan untuk menuntut wang di bawah RM100:
1. Buat salinan fotokopi kad pengenalan bahagian depan dan belakang.
2. Buat salinan laman pertama akaun bank anda (jika anda mahu wang yang dituntut itu terus dimasukkan ke dalam akaun bank yang aktif). Dengan melakukan ini, anda tidak perlu pergi ke Kaunter 22.
3. Bawa kad pengenalan dan buku bank (to confirm active under number two above).
4. Isi borang akaun bank yang mahu dituntut.
Sumber : Siakapkeli
Beratur panjang mahu semak wang
RATUSAN pemegang akaun bank beratur di Menara Maybank di Kuala Lumpur bagi membuat semakan wang di Bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) susulan isu WTD tular di media sosial sebelum ini.
Tinjauan Harian Metro sejak 9 pagi hari ini mendapati orang beratur panjang bagi mendaftar nama sebelum diberi nombor giliran untuk membuat semakan di Bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut, Tingkat 42.
Kakitangan JANM yang bertugas di kaunter berkata, orang ramai mula beratur sejak 8.30 pagi dan mereka terpaksa membahagikan barisan kepada dua bahagian iaitu warga emas dan bukan warga emas.
Keadaan bagaimanapun terkawal dan tidak menimbulkan suasana tidak diingini.
Wartawan yang turut beratur sejak 9.50 pagi terpaksa mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mendaftar nama di ruang kaunter kakitangan JANM sebelum sekali lagi beratur untuk naik ke tingkat 42.
“Encik perlu tunggu sebelum dibenarkan ke tingkat 42 kerana kita perlu mengurangkan kesesakan di Bahagian WTD.
“Setiap hari, kami hanya hadkan 2,000 pemegang akaun saja untuk membuat semakan,” katanya.
Sehingga 11 pagi ini, orang ramai masih beratur untuk membuat semakan.
Seorang pemilik akaun yang enggan dikenali berkata, dia datang membuat semakan selepas terkejut melihat rakannya yang hanya mempunyai baki belasan ringgit di dalam akaun bank tidak aktif kira-kira 10 tahun lalu mempunyai sejumlah RM700 di dalam senarai WTD.
“Sebab itu hari ini saya sanggup beratur panjang sejak 10 pagi kerana kalau dapat RM300 ke RM400 pun sudah berbaloi,” katanya.
Semakan WTD hanya boleh dibuat sendiri oleh pemilik akaun dengan hanya membawa kad pengenalan dan WTD akan dipindahkan terus ke mana-mana akaun mereka yang aktif.
The post ‘Saya Dapat RM14,000!’ – Wanita Ini Kongsi Cara Claim Duit Dari Akaun Bank Lama Yang Tak Dituntut… appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DLe9gG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment