Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mempatenkan Kerangka Pelindung Dengan Butang Yang Lebih Taktil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mempatenkan Kerangka Pelindung Dengan Butang Yang Lebih Taktil

Kerangka pelindung dari Apple untuk iPhone boleh dikatakan adalah satu aksesori yang premium dan harganya agak mahal. Tetapi, kualitinya agak menakjubkan. Kerangka kulit yang pernah saya cuba, mempunyai sentuhan yang unik, selesa dipegang dan sesuai untuk kelasnya. Tetapi, kerangka ini mempunyai satu kekurangan – di mana butang kuasa dan butang suara kurang taktil apabila diklik.

Untuk mengatasi masalah ini, Apple telah mempatenkan satu kerangka baru dengan meletakkan magnet di bahagian butang-butang agar ia lebih taktil. Jadi, melalui kerangka ini – perasaan apabila menekan butang pada iPhone dengan kerangka adalah sama seakan menekan butang-butang tersebut tanpa kerangka.

Mengejutkan, Apple sudah pun memfailkan paten ini sejak tahun 2017 lagi. Tetapi sehingga hari ini, produk ini masih tidak kelihatan. Agak menarik jika Apple mula perkenalkan kerangka seperti ini. Kini, aksesori rasmi Apple bukan sahaja premium dan mahal begitu sahaja – tetapi mempunyai ciri khas yang unik dan akan terasa lebih berbaloi untuk dimiliki.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DJcRC6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.