Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sistem Pengenalan Wajah Di China Gagal Membezakan Pesalah Jalan Raya Dengan Iklan Di Tepi Bas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sistem Pengenalan Wajah Di China Gagal Membezakan Pesalah Jalan Raya Dengan Iklan Di Tepi Bas

China ialah negara dengan sistem pemantauan rakyat yang terbesar di dunia. Sistem ini menggunakan perisian pengenalan wajah untuk mengesan penjenayah melalui kaca mata pintar dan menangkap pesalah jalan raya. Di bandar Ningbo, sistem pengecasan wajah yang digunakan gagal membezakan wajah manusia sebenar dengan wajah pada iklan bas.

Ini menyebabkan wajah pengerusi syarikat Gree Electric Appliances, Dong Mingzhu dipaparkan sebagai pesalah yang melintas jalan secara secara haram. Papan tanda diletakkan di tepi jalan akan memalukan insan yang berjaya dikesan oleh sistem dengan memaparkan wajah, nama dan juga sebahagian kad pengenalan. Kerana kegagalan sistem, polis trafik Ningbo terpaksa memintas maaf kepada Dong Mingzhu. Mereka juga berjanji untuk mengemaskini sistem bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.

Jelas sekali sistem pengenalan wajah yang digunakan boleh dimanipulasi. Menjelang 2020 sistem “kredit sosial” dipercayai akan diperkenalkan di Beijing. Kredit akan dipotong apabila individu melakukan kesalahan. Apabila kredit turun ke tahap rendah, kehidupan individu tersebut mungkin sukar mendapat perumahan rakyat, sekolah untuk anak atau diharamkan dari keluar negara.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AofiHd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.