iPhone XR Ditawarkan Pada Harga Serendah RM 887 Di Jepun
Mahukan iPhone XR pada harga amat mampu milik? Anda perlu terbang ke Jepun untuk membeli iPhone XR 64GB pada harga serendah 24,000 Yen (~RM 887) sebuah dengan kontrak 24 bulan bersama NTT DoCoMo. Sebelum ini NTT Docomo menawarkan peranti yang sama dengan kontrak pada harga 36,000 Yen (~RM 1331).
Pengguna hanya perlu membayar 2457 Yen (~RM 91) sebulan sepanjang tempoh kontrak. Potongan harga yang diberikan ini adalah yang paling awal diberikan pada iPhone yang hanya baru tiga bulan dipasarkan di Jepun. Ia diharap dapat meningkatkan jualan iPhone XR yang lebih rendah dari jangkaan Apple.
Jepun ialah pasaran iPhone keempat terbesar di dunia dengan 70% pegangan pasaran telefon pintar. Sungguhpun begitu pengguna di Jepun didapati lebih berminat membeli iPhone 8 dan 8 Plus sejak iPhone XS, XS serta XS Max dilancarkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DKCG4U
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment