Pandang Pertama: Robot Pembersih & Mop Lantai ECOVACS Deebot Ozmo 600
Dengan teknologi hari ini, pelbagai inovasi telah dibuat bagi memenuhi permintaan pasaran. Saiz penyedut hampagas juga sudah tidak sebesar macam dulu lagi. Ia sekarang lebih praktikal, kecil, ringan dan mudah untuk digunakan. Ecovacs juga juga tidak ketinggalan untuk hadir dengan teknologi robot pembersih lantai mereka yang tersendiri dimana robot ini mampu membuat proses pembersihan lantai secara automatik tanpa perlu menggunakan tenaga manusia yang banyak.
Robot daripada Ecovacs ini mempunyai pelbagai model yang mana masing masingnya mempunyai ciri mereka yang tersendiri, seperti membersihkan lantai dan membersihkan tingkap. Tetapi untuk ulasan kali ini, saya akan mengulas mengenai robot pembersih lantai daripada Ecovacs, iaitu model Deebot Ozmo 600.
Tatacara Penggunaan
Robot pembersih lantai daripada Ecovacs ini membolehkan anda untuk memilih sama ada untuk menyedut habuk dan sampah atau turut mengelap lantai pada masa yang sama. Sekiranya anda inginkan robot ini berfungsi sebagai mesin penyedut hampagas, anda hanya perlu mengawalnya menggunakan alat kawalan yang disediakan mengikut arah yang anda inginkan.
Tetapi, sekiranya anda ingin mopkan lantai anda, anda perlu mengisikan tangki air dibelakang peranti ini. Pasangkan plat kain pembersihan pada bahagian bawahnya dan anda kini sudah boleh mula untuk membuat pembersihan lantai. Selepas selesai mengemop lantai, anda hanya perlu menanggalkan plat kain daripada robot ini untuk membersihkannya.
Apabila di permukaan yang keras dan rata, robot ini akan mengesan habuk sampah dengan baik dan menyeluruh untuk kawasan tersebut. Hal ini kerana robot ini boleh menyerap sampah dengan kekuatan 2 kali ganda apabila Max Mode diaktifkan.
Bagaimana Hendak Mengawal Robot Pembersih Lantai Ini?
Bagi anda yang sangat sibuk bekerja dan tiada masa lapang yang cukup untuk mengemas rumah, robot Deebot ini dapat membantu anda mengemas rumah anda secara automatik dengan hanya menguasainya menggunakan alat kawalan, aplikasi dalam telefon dan sekiranya anda mempunyai Amazon Echo atau Google Home, anda juga boleh mengawal robot ini melaluinya. Dengan adanya sokongan ini, anda boleh memilih untuk mengaktifkannya secara manual atau automatik daripada jauh.
Sekiranya anda ingin mengawal robot ini menggunakan aplikasi, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Ecovacs untuk Android atau iOS. Di dalam aplikasi ini, anda boleh membuat penetapan lain, seperti menetapkan jadual pembersihan lantai, melihat sejarah pembersihan, mengubah nama, dan sekiranya robot ini tersekat di bawah perabot atau anda tidak dapat mengesan lokasinya, anda juga boleh menjejak robot ini dengan menekan butang Find Deebot.
Robot pembersih lantai ini bagi pendapat saya sangat mudah untuk dikawal kerana anda hanya perlu setkan masa untuk mengaktifkannya dan sekiranya ia kehabisan bateri, robot ini akan kembali kepada port pengecasnya dengan automatik untuk mengecas penuh sebelum ia kembali diaktifkan mengikut masa yang ditetapkan.
Anda juga boleh mengawalnya menggunakan alat kawalan yang disertakan bersama pembelian ini. Pada alat kawalan ini, terdapat beberapa butang kawalan. Butang atas sekali adalah butang untuk memulakan pergerakan yang dikelilingi dengan butang arah kiri, kanan, atas, dan bawah. Butang keduanya adalah butang yang berlogo rumah, dimana ia berfungsi untuk mengembalikan posisi robot ini kepada port pengecasannya.
Seterusnya adalah butang yang memberi isyarat keliling penjuru, dimana butang ini berfungsi untuk menggerakkan robot pembersih lantai ini daripada hujung ke hujung ruang. Akhir sekali adalah butang yang berlogo bulatan yang memberi maksud bahawa butang ini berfungsi untuk membuat pergerakkan berbentuk bulatan – dalam erti kata lain, membuat pembersihan setempat.
Sekiranya talam takungan sampah ini sudah penuh, anda boleh menariknya dengan mudah untuk membuang sampah. Di dalam talam takungan sampah ini juga, terdapat satu penapis yang diletakkan bersamanya. Sepasang penyapu kecil dan satu penapis tambahan turut disertakan untuk setiap pembelian robot ini.
Rekabentuk Dan Ciri Khas Yang Dibina Untuknya
Anda juga tidak perlu risau robot ini terjatuh sekiranya rumah anda mempunyai anak tangga kerana robot pembersih lantai ini juga mempunyai satu sensor pengesan jatuh. Jadi sekiranya anda berada di luar dan ingin membersihkan lantai rumah anda, anda hanya perlu mengawalnya menggunakan aplikasi dan tidak perlu risau robot ini terjatuh daripada tangga dan tempat tinggi.
Pada bahagian hadapan robot ini juga telah diletakkan sensor infra merah anti pelanggaran dan spring untuk mengurangkan kesan hentakan sekiranya ia berlanggar dengan objek lain. Dengan adanya sensor anti pelanggaran ini, ia akan mengurangkan kelajuannya apabila robot ini mengesan objek dihadapannya. Jadi, anda juga tidak perlu risau barang anda rosak atau bercalar sekiranya robot ini berlanggaran dengan perkakas rumah anda.
Kekurangan Deebot Ozmo 600
Namun apa yang sedikit mengecewakan adalah robot pembersih lantai daripada Ecovaccs ini hanya boleh membersihkan permukaan lantai yang rata dan keras sahaja dan tidak boleh membersihkan habuk di permaidani.
Memandangkan robot ini mempunyai sensor anti pelanggaran di hadapannya, ia hanya akan mengesan ruang yang lapang sekurang kurangnya 8 sentimeter. Jadi adalah diingatkan untuk anda tidak berdiri di tempat yang sempit ketika robot ini sedang menjalankan pembersihan kerana ia mungkin tidak dapat mengesan ruang tersebut.
Selain itu, apabila robot ini diaktifkan, ia mengeluarkan bunyi yang agak ketara dan menjengkelkan kerana mesinnya yang sedang berjalan, tetapi tidaklah sekuat bunyi penyedut hampagas sebenar.
Rumusan
Bagi pendapat saya robot ini amat berguna untuk anda yang sangat sibuk berkerja. Balik sahaja dari kerja anda hanya perlu mengaktifkannya dan lantai akan dibersihkan dengan sendirinya. Sekiranya tetamu ingin ke rumah anda, tetapi anda tiada di rumah dan tidak sempat untuk membersihkan lantai, anda boleh mengaktifkannya dengan hanya melalui aplikasinya sahaja. Bagi anda yang surirumah juga, dengan adanya robot pembersih lantai ini, mungkin dapat menambah lagi produktiviti harian anda.
Jadi, sekiranya anda yang berminat untuk mendapatkan Deebot Ozmo 600 ini, anda boleh mendapatkannya pada harga RM2199 sahaja. Sempena 11 November ini, Lazada telah menawarkan potongan harga sehingga 50% sekiranya membuat pembelian melalui kedai atas talian mereka.
Lazada juga akan memberikan harga promosi untuk Ecovacs Deebot Ozmo 600 ini, yang mana anda boleh memilikinya pada harga serendah RM99 sahaja. Namun harga serendah ini hanya akan diberikan pada waktu tertentu dan hanya terhad kepada 10 unit sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang ini, untuk memiliki robot pembersih lantai pada harga yang sangat berpatutan dengan fungsinya yang memudahkan kehidupan seharian anda.
Beli: Robot Pembersih Daripada Ecovacs Melalui Lazada
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DxhUqi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment