Shopee Dan Lazada Menghadapi Masalah Memproses Bayaran Untuk Jualan 11.11
Kemaskini (4 pagi) : Platform pembayaran untuk kedua-dua platform pembelian atas-talian ini dilihat telah kembali beroperasi seperti biasa.
Menurut Shopee, mereka mengatakan segala caj yang telah berlaku pada kad akan dikembalikan dalam tempoh masa 7 ke 14 hari, dan pengguna diminta membuat pembayaran baru atas tempahan mereka. Walaubagaimanapun, hal ini menimbulkan ketidakpuashatian kepada pengguna, kerana berlaku perubahan harga jualan, selain beberapa promosi yang tidak ditawarkan lagi.
Sistem Lazada juga dilihat telah kembali beroperasi seperti biasa, dan beberapa pengguna dilihat menerima bayaran kembali melalui Lazada Wallet – yang mana boleh dikeluarkan ke akaun bank pengguna. Secara keseluruhan mengikut interaksi di laman sosial, ia dilihat masalah pembayaran ini memberikan lebih impak kepada Shopee berbanding Lazada.
Pelbagai laman jualan atas-talian hari ini telah memulakan jualan promosi untuk pelbagai barangan melalui platform mereka. Antara yang kuat mempromosikan jualan ini sejak beberapa hari yang lepas adalah Shopee dan Lazada.
Apa pun, ia dilihat kedua-dua platform berkenaan menghadapi masalah untuk menampung pengguna. Lazada dilihat menghadapi masalah pada awalnya, tetapi berjaya menampung pengguna selepas seketika. Namun, mereka dilihat masih menghadapi sedikit masalah dari segi platform pembayaran yang digunakan, dimana ia mengambil sedikit masa berbanding kebiasaan – membuatkan beberapa pengguna gagal melepasi untuk melakukan pembayaran.
Untuk Shopee pula, mereka dilihat menghadapi masalah teknikal, dimana beberapa pengguna mengatakan telah melakukan pembayaran, tetapi ia gagal didaftarkan pada sistem mereka. Shopee telah mengumumkan masalah teknikal ini melalui platform sosial mereka, dan mengatakan sedang mengatasi masalah berkenaan.
Platform lain dilihat tidak menghadapi masalah yang begitu teruk, mungkin kerana bilangan pengguna yang tidak begitu tinggi, atau mereka telah lebih mengoptimasikan sistem dan bersedia untuk 11.11 ini.
Bagi anda sendiri, adakah anda menghadapi sebarang masalah ketika melakukan pembelian hari ini?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AZhczD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment