Hi! Welcome Back and Stay Tune! ADAM50 dimansuhkan, Ini respon pedas Najib Razak yang mengusik jiwa! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ADAM50 dimansuhkan, Ini respon pedas Najib Razak yang mengusik jiwa!

Saya amat sedih dengan pengumuman kerajaan PH bahawa Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan dimansuhkan bermula tahun depan dengan menggunakan cerita dongeng PH hutang negara RM1 trilion sebagai alasan.

Di bawah ADAM50, bayi yang lahir mulai 1 Jan 2018 hingga 31 Dis 2022 akan menerima dana tabungan permulaan RM200 percuma menerusi unit ASB bagi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) utuk bukan Bumiputera.

(AS1M pun sudah dijenamakan semula kepada Amanah Saham Malaysia 3).

Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan selepas anak itu mencapai umur 18 tahun.

ADAM50 merupakan dana pertama dalam sejarah negara ini bertujuan untuk menggalakkan simpanan peribadi untuk ibu bapa muda.

Niat saya untuk mewujudkan ADAM50 ialah untuk galakkan minda rakyat supaya menyimpan untuk masa depan. Ramai orang kita yang tidak menjangka keperluan kita dan anak kita pada masa depan.

Bila dah ada akaun ASB atau AS1M, ibubapa boleh menyumbang berdikit-dikit dan lama-kelamaan ianya akan bertambah sehingga cukup untuk menampung keperluan kewangan apabila anak mereka masuk universiti,

Walaupun ibu bapa tidak tambah langsung, wang permulaan RM200 ini akan menjadi sekitar RM587, tapi kalau tambah RM10 sebulan ia akan meningkat kepada RM4,000 manakala RM50 sebulan akan jadi RM20,000 dan kalau RM100 akan jadi RM40,000 apabila umur anak ini cukup 18 tahun,

Satu lagi bantuan dan insentif yang baik untuk rakyat telah dimansuhkan oleh kerajaan PH.

Kalau tak suka nama ADAM50, boleh jenamakan semula kepada GuanEng50. Maszlee50 ke atau MatSabu50 pun boleh. Janganlah mansuh.

APA ITU ADAM50?

ADAM50 atau Amanah Dana Anak Malaysia 2050 adalah skim yang diperkenalkan kerajaan ketika pembentangan Bajet 2018.

Setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham di bawah skim tersebut.

Selepas pendaftaran dilakukan, 200 unit percuma tersebut akan dikreditkan secara automatik ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera.

Berbeza dengan BR1M 2018, kos keseluruhan ADAM50 yang akan dilaksanakan selama lima tahun bermula 2018 sehingga 2022 ini dianggar mencecah RM560 juta dan akan memanfaatkan 2.8 juta bayi Malaysia.

Pendaftaran ADAM50 hendaklah dilakukan dalam tempoh setahun selepas bayi dilahirkan.

Sebagaimana contoh, sekiranya bayi dilahirkan pada 2 Januari 2018, ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah melakukan pendaftaran selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019.

Sekiranya gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk menadapatkan unit insentif percuma akan terbatal.

Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh datang ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara:

-Maybank
-Maybank Islamic
-CIMB
-CIMB Islamic
-RHB
-RHB Islamic
-Pos Malaysia
-Bank Simpanan Nasional
-Affin Bank
-Alliance Bank
-AmBank
-AmBank Islamic

DOKUMEN PENDAFTARAN ADAM50

Berikut antara dokumen yang perlu dibawa ketika proses pendaftaran, antaranya:

-Kad pengenalan (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
-MyKid bayi atau Sijil Kelahiran
-Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

SYARAT KELAYAKAN

Berikut kriteria dan syarat kelayakan permohonan ADAM50:

-Lahir pada atau selepas 1 Januari 2018
-Warganegara Malaysia
-Ibu/bapa atau Penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas
-Peserta serta Penjaga Berdaftar tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan

Untuk makluman, 200 unit insentif tersebut tidak boleh dijual semula dan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.

Peserta juga tidak boleh menarik diri setelah pendaftaran dilakukan, melainkan peserta tidak lagi memenuhi kriteria kelayakan am pelaburan ASNB, sebagai contoh status pertukaran Wargenegara.

SOALAN LAZIM

Q: Bolehkah saya menamakan peserta ADAM50 sebagai penerima Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah?

A: Ya, boleh. Pemberi Hibah/Pengisytiharan Amanah perlu melantik Penjaga Sah bagi penerima yang berumur 18 tahun ke bawah.

Q: Sekiranya anak saya menerima Harta Hibah/Pengisytiharan Amanah yang melebihi had maksimum individu tabung, adakah harta tersebut akan dibayar secara tunai?

A: Tidak. Harta tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun peserta sekaligus meningkatkan had pelaburan maksimum daripada had sedia ada kepada had baharu, tertakluk kepada amaun Harta tersebut. Contohnya, peserta menerima Harta berjumlah 100,000 unit, had maksimum peserta akan meningkat daripada 50,000 unit kepada 150,000 unit.

Q: Sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, apakah yang akan terjadi terhadap akaun tersebut?

A: Unit insentif serta segala pengagihan pendapatan yang terakru akan dilepaskan, serta segala baki akaun akan di bayar kepada waris. Sila rujuk laman sesawang ASNB bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan kaedah tuntutan harta pusaka.

Q: Sekiranya ibubapa atau penjaga bayi diisytiharkan Muflis, adakah kelayakan peserta di tarik balik?

A: Tidak. Peserta masih layak menyertai program. Sebarang baki pelaburan dalam akaun peserta tidak akan dibayar ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) sekiranya penjaga diisytiharkan Muflis. Akan tetapi, penjaga berdaftar baharu dikehendaki membuat penukaran penjaga peserta di Cawangan atau Ejen ASNB dengan membawa segala dokumen sokongan bagi tujuan penukaran penjaga.

The post ADAM50 dimansuhkan, Ini respon pedas Najib Razak yang mengusik jiwa! appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UXm67Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.