Spotify Dan Wixen Menyelesaikan Tuntutan Saman $1.6 Bilion Di Luar Mahkamah
Spotify tidak asing lagi dengan tuntutan-tuntutan saman oleh syarikat label muzik yang mewakili pelbagai artis-artis di seluruh dunia. Tuntutan saman terbesar terhadap Spotify setakat ini hadir melalui sebuah syarikat label yang bernama Wixen Music Publishing, yang mewakili artis-artis popular seperti Tom Petty, Missy Elliot dan Rage Against The Machine sebanyak $1.6 bilion (~RM6.4 bilion).
Apabila Wixen menyaman Spotify, perkhidmatan lagu atas talian tersebut dikatakan telah menggunakan lagu-lagu artis dibawah syarikat tersebut tanpa membayar royalti kepada artis dan penulis lagu yang terkesan.
Menurut Tech Crunch, kedua-dua Spotify dan Wixen dikatakan telah menyelesaikan tuntutan saman tersebut di luar mahkamah, dengan saman $1.6 bilion tersebut tidak dibayar oleh Spotify. Akan tetapi Spotify masih akan perlu membayar wang royalti yang dihutang kepada artis-artis Wixen, dan akan mereka juga akan berbincang mengenai royalti yang perlu dibayar di masa akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2QOynxm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment