Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dapatkan Vivo Y81i Serendah RM1 Dari Hotlink Postpaid Flex Plus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dapatkan Vivo Y81i Serendah RM1 Dari Hotlink Postpaid Flex Plus

Tahun 2018 sudah hampir tiba ke penghujungnya, pelbagai promosi dan diskaun akhir tahun ditawarkan kepada para pengguna di Malaysia. Terkini, Vivo Malaysia hadir dengan penawaran telefon pintar Vivo Y81i dengan harga serendah RM1 melalui pembelian pelan Hotlink Postpaid Flex Plus. Pengguna hanyalah perlu mendaftar pelan Hotlink Postpaid Flex Plus dengan harga langganan RM60 sebulan bagi mendapatkan peranti pada harga serendah RM1.

Vivo Y81i ini hadir dengan skrin 6.22-inci bertakuk pada resolusi HD+, dijana cip MediaTek MT6761, memori 2GB RAM, dan storan 16GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 3260mAh bersama-sama dengannya. Ia dilengkapi dengan kamera belakang utama 13-megapixel dan kamera belakang sekunder 2MP yang menangkap gambar bokeh seakan DSLR bersama kesan lebih menarik dengan AI Face Beauty. Y81i juga menyediakan teknologi Face Access yang memudahkan pengguna untuk nyahkunci telefon anda lebih mudah.

Vivo Y85

Selain vivo Y81i, pengguna juga boleh membeli vivo Y85 dengan harga RM199. Vivo Y85 hadir dengan skrin 6.26-inci IPS LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 450, memori 4GB RAM, dan storan 32GB. Telefon pintar ini hadir dengan kamera swafoto 16-Megapixel dan kamera utama 16+2 Megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3260mAh. Ia menggunakan Android 8.1 Oreo dengan antaramuka FunTouch OS 4.0.

Pengguna boleh mendapatkan telefon pintar Vivo Y81i pada harga RM1 dan Vivo Y85 pada harga RM199. Bagi pengguna yangbukan warganegara Malaysia, mereka perlu membayar RM150 lagi untuk deposit. Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman rasmi Hotlink dan laman sosial rasmi Vivo Malaysia di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

Layari: Laman Rasmi Hotlink Postpaid Flex Plus



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2rQNkQA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.