Hi! Welcome Back and Stay Tune! Digi Memperkenalkan Aplikasi Khusus Untuk Pengguna Muslim – Ibadat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Digi Memperkenalkan Aplikasi Khusus Untuk Pengguna Muslim – Ibadat

Syarikat telekomunikasi Digi kini telah mengumumkan aplikasi Islamik terbaru mereka yang dinamakan Ibadat. Ia merupakan aplikasi mudah-alih komprehensif yang membantu kelancaran dalam menunaikan tanggungjawab ibadah melalui fungsi-fungsi seperti paparan waktu solat serta arah kiblat. Selain itu, terdapat beberapa fungsi lain yang turut ditawarkan kepada pengguna termasuk teks al-Quran yang lengkap dengan audio, serta pengesan lokasi masjid yang berhampiran.

Pelanggan Digi turut boleh melanggan pakej premium yang menawarkan fungsi dan kandungan tambahan yang relevan dengan aktiviti ibadah harian. Langganan pakej ini boleh dibuat secara mingguan atau bulanan pada harga RM0.50 setiap minggu, atau RM1.50 setiap bulan. Antara fungsi yang terdapat pada pakej premium termasuk notifikasi Azan, koleksi doa, kalendar Islam termasuk maklumat mengenai hari-hari cuti bagi warga Muslim, kalkulator Zakat dan kalendar Ramadan beserta waktu Iftar.

Digi Ibadat

Menariknya, Digi turut membawakan secara langsung kepada pengguna tayangan jemaah haji mengerjakan ibadah di Mekah dan Madinah menerusi aplikasi tersebut. Pengguna juga boleh memuat-turun pelbagai koleksi kandungan Islamik seperti gambar latar dan animasi. Secara kasar, ia boleh dikatakan sebagai salah satu aplikasi yang menawarkan ciri seperti Muslim Pro.

Aplikasi ini boleh dimuat-turun oleh semua pengguna termasuk bukan pelanggan Digi. Ibadat kini boleh dimuat-turun menerusi peranti Android di Play Store. Versi iOS dijangka akan ditawarkan dalam masa terdekat.

Muat Turun: Aplikasi Ibadat di Play Store



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BjVYes

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.