Qualcomm Akan Memohon Penjualan iPhone XS, XS Max dan XR Turut Diharamkan Di China
Awal minggu ini Qualacomm berjaya mendapatkan arahan mahkamah supaya pejualan iPhone 6S hingga iPhone X diharamkan di China. Ini adalah kerana menurut mereka Apple menggunakan perisian Qualcomm secara haram pada model-model iPhone tersebut. Menurut laporan Reuters hari ini, mereka ingin memohon supaya penjualan kesemua model iPhone 2018 juga turut diharamkan di China.
Permohonan mengharamkan kesemua model iPhone dari dijual di China ini adalah kerana Qualcomm percaya dua paten teknologi modem mereka terus digunakan secara haram oleh Apple. Apple masih terus menjual iPhone di China kerana menurut mereka dengan kemas kini ke iOS12, perisian yang menggunakan teknologi Qualcomm tidak lagi digunakan. Pengharaman jualan iPhone di China akan memberikan impak yang besar ke atas Apple kerana ia adalah pasaran ketiga terbesar selepas A.S dan Eropah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Cc0ltJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment