YouTube Rewind 2018 Kini Merupakan Video Paling Tidak Disukai Di YouTube
YouTube Rewind 2018 telah pun dimuat-naik secara rasmi oleh pihak YouTube pada minggu lepas, dan sejak daripada itu, sebanyak 120 juta tontonan telah berlaku. YouTube Rewind merupakan kompilasi pelbagai video dan trend pada sesuatu tahun – tetapi pada tahun ini, video berkenaan tidak disukai oleh ramai penontonnya.
Disebabkan itu, ramai yang menekan pada butang Dislike pada video berkenaan – sekaligus kini menjadikan ia sebagai video yang paling tidak disukai dalam sejarah YouTube, mengatasi video muzik Baby oleh Justin Bieber.
YouTube Rewind 2018 juga mencapai posisi ini dalam masa hanya sekitar seminggu. Hal ini dispekulasi ramai disebabkan oleh ketidak-serasian budaya antara pengguna platform berkenaan dan apa yang ingin disampaikan oleh YouTube sendiri. Malah, ada yang turut melabelkan video YouTube Rewind tahun ini lebih bercorak kepada pemasaran dan bukannya menyambut YouTube seperti tahun-tahun lepas.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PzmDsT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment