Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Freebuds 2 Pro Kini Dilancarkan – Menggunakan Teknologi Aliran Tulang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Freebuds 2 Pro Kini Dilancarkan – Menggunakan Teknologi Aliran Tulang

Huawei Freebuds 2 Pro adalah set fon telinga nirwayar sebenar dari Huawei. Ia boleh dikatakan adalah pesaing kepada Apple AirPods, kerana rekaannya yang hampir sama. Berita mengenai Huawei Freebuds 2 Pro ini sudah lama didengari sejak pengumuman siri peranti Huawei Mate 20 lagi. Akhirnya, ia dilancarkan secara rasmi.

Walaupun dari segi rekaan ia kelihatan serupa dengan Apple AirPods, tetapi rekaannya sedikit berbeza dan lebih leper. Kemudian ia menggunakan teknologi yang tersendiri yang menarik, iaitu aliran tulang. Melalui teknologi aliran tulang ini, hasil audio adalah daripada gegaran melalui tulang rahang dan pipi. Ini bermakna, audio itu akan terus memasuki bahagian dalaman telinga tanpa melalui gegendang telinga. Kemudian, ia turut menyokong pengecasan nirwayar – jadi jika diselarikan dengan Huawei Mate 20 Pro, pengguna boleh mengecas Huawei Freebuds 2 Pro ini di atas peranti itu sahaja.

Untuk pengetahuan tambahan, Huawei Freebuds 2 Pro adalah pengganti kepada Huawei Freebuds yang dilancarkan pada bulan Mac lalu. Ia dilancarkan bersama-sama dengan siri Huawei P20. Huawei Freebuds 2 Pro dijual pada harga yang lebih murah berbanding Huawei Freebuds (~RM 765) iaitu RMB999 (~RM607). Ia dijual di China melalui laman TMall, Vmall, Sunning dan JD. Tidak pasti jika ia akan masuk ke pasaran Malaysia atau pun tidak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2A0Hdxn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.