Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Kriptowang Untuk Memudahkan Pemindahan Wang Melalui WhatsApp - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Kriptowang Untuk Memudahkan Pemindahan Wang Melalui WhatsApp

Facebook kini dilaporkan sedang membangunkan teknologi kriptowang tersendiri dalam memudahkan pengguna untuk melakukan pemindahan wang melalui aplikasi permesejan WhatsApp. Facebook dikatakan sedang membangunkan fungsi ini dengan fokus terhadap pasaran India terlebih dahulu.

Facebook dikatakan sedang membangunkan stablecoin yang mana bergantung kepada nilai mata wang Amerika Syarikat untuk mengelakkan perubahan nilai dengan pantas seumpama kriptowang lain.

Ia dikatakan masih pada peringkat pembangunan awal, dan gergasi laman sosial berkenaan sedang membangunkan strategi untuk memastikan nilai stablecoin mereka.

India dikatakan menjadi fokus utama untuk pengenalan ciri ini, kerana ia mempunyai lebih 200 juta pengguna WhatsApp, selain turut popular dalam kiriman wang dari luar negara ke India.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkannya atau berkongsi lanjut mengenainya. Dengan lebih 2 bilion pengguna menggunakan perkhidmatan Facebook, semestinya setiap langkah mereka akan menjadi fokus ramai pengguna seluruh dunia – mahupun syarikat-syarikat pesaing lain, termasuk syarikat kewangan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2S8Wd3j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.