TIPS NAK RESIGN KERJA GOVERNMENT
Sebelum aku cerita panjang, aku nak bagitahu post ini sebenarnya khusus untuk kawan-kawan doktor gigi yang masih dilemma untuk kerja government atau quit dan kerja di swasta. ( Tak sure applicable untuk bidang lain atau tidak. Kalau rajin bacalah)
.
Memandangkan 11 hari lagi kita dah nak masuk tahun baru, aku harap perkongsian aku ni dapat lah serbasedikit menentu halatuju 2019 korang
_______________________
1. FIKIR KAU NAK APA
_______________________
Kau kena fikir dan tentukan sebenarnya kau nak apa dalam hidup kerjaya ni. Adakah kau kerja semata-mata nak berkhidmat untuk masyarakat. adakah kau kerja semata-mata sebab gaji lumayan. Adakah kau kerja sebab suatu hari nanti kau plan nak jadi doktor pakar yang disegani. Adakah kau kerja kerana inginkan rasa terjamin pada masa akan datang. Adakah kau kerja sebab nak mereput sahaja di government.
Setiap fikiran yang kau nak ini akan menentukan laluan kerjaya hidup kau.
Seperti kebanyakan FYDO/NDOP/Houseman , Aku bermula kehidupan FYDO dengan cita-cita untuk menjadi pakar yang disegani. Lepas Tiga tahun aku kerja, aku tak nampak masa hadapan aku berada di mana. Nak sambung belajar, berlambak senior yang masih tak dapat giliran lagi untuk biasiswa. Diperkuatkan dengan alasan aku berjauhan di Kemaman, dari keluarga di Shah Alam. Aku melihat hampir mustahil untuk aku terus setia menunggu peluang transfer.
Pendek cerita, waktu itu, prioriti aku adalah keluarga. So aku quit sebab nak dekat dengan keluarga.
____________________________
2. PENGALAMAN BEKERJA
____________________________
Semenjak sistem perkhidmatan wajib setahun ini, kebanyakan lapisan doktor-doktor senior ada kebimbangan yang tinggi akan level of competency barisan doktor baru ini.
Yela. Manakan tidak, dulu kami tahun khidmat berwajib pun dua tahun, itu pun masih rasa diri ni loser lagi.
Bagi aku, pengalaman bekerja tidak semestinya diukur dengan tempoh tahun bekerja. Misal kata, kau kerja dah 5 tahun, tapi 4 tahun tu kau buat kerja admin sahaja, manakala ada sorang junior baru kerja 3 tahun, tapi penuh dengan tugasan klinikal. Aku rasa klinik skill junior 3 tahun tu lagi power dari senior kerja 5 tahun itu.
So point aku adalah, tak kisah berapa tahun kau bekerja, pastikan diri kau dah cukup expose dengan segala jenis rawatan dan clinical skills yang perlu ada pada doktor gigi kalau nak kerja di sektor swasta.
Kalau rasa kerja dekat government tak cukup mencabar, cuba-cuba lah apply locum dekat klinik swasta, rasakan perbezaan environment pekerjaan antara kedua sektor ini.
Aku ada sorang member, kerja klinik government di ceruk mana entah, buat kes macam-macam, Crown bridge semua dia sebat. Padahal material semua tu duit dia sendiri, bukan barang klinik. So apa alasan kita lagi untuk bermalasan ?
_____________________
3. CUTI TANPA GAJI
_____________________
Sebelum aku quit, aku ambil cuti tanpa gaji dulu. Kalau kau dah cukup kerja setahun kau layak untuk 30 hari cuti tanpa gaji. So kalau kau dah 3 tahun kerja, maka kau layak 90 hari cuti tanpa gaji.
Kalau korang amik skim pencen, cuti tanpa gaji ini ada ganggu sikit pencen korang nanti. aku tak sure pasal isu apa, bole tanya PT korang. Kalau skim KWSP, takde problem inshaAllah.
So kenapa aku advise kau untuk amik cuti tanpa gaji ni? Supaya kau boleh ambil feel kerja dekat swasta macam mana. Sesuai tak dengan jiwa kau. Kalau tak sesuai kau boleh u-turn, sekurang-kurangnya.
____________________________________
4. GAJI LUMAYAN VS GAJI TETAP
____________________________________
Kalau kerja gomen, kau kerja banyak ke sikit, gaji kau tetap sama ikut gred kau. Cukup haribulan, pergi bank, tengok akaun pasti senyum.
Kalau kerja swasta ( lebih-lebih lagi kerja utk klinik sendiri atau klinik orang lain yang tiada gaji basic ), gaji kau bergantung, kau kerja lebih gaji kau lebih. kau kerja sikit gaji kau sikit.
Kau lebih suka yang mana.
Lumayan atau Tetap ?
Untuk lebih selamat, sebelum kau quit, kau kumpul duit simpanan kecemasan 3 kali ganda gaji bersih kau, sebelum kau quit. Incase lah kau tak dapat kerja langsung ( Which is sangat mustahil ! )
______________
5. ATTITUDE
______________
Dari waktu aku kerja gomen, sampai aku kerja swasta, aku sebenarnya tak suka dengan bila orang complain doktor gomen kerja kasar.
Bagi aku, patient adalah patient, samada dia ahli keluarga kita ataupun tidak, kita masih kena memberi layanan TIP TOP yang sama untuk mereka.
Aku tak suka tuding jari, kata orang kerja government ni semua kasar, sebab aku pun dulu kerja government. Dan aku faham bila kerja government, kadang-kadang bila patient terlalu ramai, kita seolah-olah tidak cukup masa untuk berlemah lembut dengan pesakit. Almaklumlah, pesakit klinik gomen, bayarnya RM 2, demandnya macam gaya bayar RM200.
Bila dah masuk klinik swasta, nak tak nak, patient ramai macam mana pun, attitude dengan patient mesti kena maintain. Kalau tak boleh cope dengan benda ni, mohon jangan quit gomen. atau lebih baik, mohon quit saja dari jadi doktor !
Kita bising kalau pesakit ingat kita macam robot, kerja sahaja. tak perlu rehat. Tapi sebenarnya kita yang buat diri kita macam robot, bila rawat pesakit, takde perasaan.
So point aku, jaga attitude kalau nak kerja swasta. Kalau dekat gomen, kau attitude tahi macam mana pun, paling kurang kena tegur dengan YM / SDO. Kalau dekat swasta, orang buang ja kau !
____________
6. RESUME
____________
Rata-rata kebanyakan doktor yang kerja government tak da pengalaman buat resume, mungkin kali terakhir buat resume pun masa nak apply biasiswa universiti dulu bukan ?
Aku bersyukur sebab dua tiga klinik yang aku kerja, aku masuk tanpa resume, lebih kepada recommendation. Bukan nak kata power, tapi almaklumlah kena pandai ngayat. k gurau.
Resume ini penting bagi doktor-doktor yang baru nak resign, takde pengalaman locum, & mahu kerja permanent di sesebuah klinik swasta.
Sekarang ni, kita kena tahu, lambakan doktor gigi sangat banyak. Persaingan pun semakin meningkat. Kalau kau rasa diri kau kurang keyakinan untuk gebang, perlengkapkan diri dengan Resume yang ringkas dan mantap serta recommendation yang elok dari ex bosses korang.
Kalau kau rasa kau cukup power, kau mintak lah senior-senior or kawan-kawan kau recommendkan dekat mana-mana klinik. inshaAllah membantu.
__________________
7. EXPECTATION
__________________
Last but not least, bila kau kerja swasta ni. Kau kena fikir, semuanya dekat atas diri kau . Kau takda PT / kerani nak uruskan pasal APC renewal kau, kau takde YM nak ingatkan untuk isi borang LHDN & Sebagainya.
Senang cerita, kau hidup sangat berdikari.
Boleh jadi, kau kerja dekat klinik swasta tu nanti, kawan-kawan kau hanyalah DSA dan Pesakit. Bukan lagi seperti kawan-kawan di klinik government, kau ada PPK, DSA, JT, PT, JP , officer lain dan sebagainya.
So sampai satu tahap, mungkin kau akan rasa sunyi bila kerja swasta ni.
Dan kau akan mula sedari bahawasanya hidup ini adalah satu perlumbaan. Paling kurang, berlumba dengan klinik lain bersebelahan dengan kau. By hook or by crook, kau akan sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi klinik kau, agar lebih pesakit, seterusnya agar lebih income kau.
…..
So apa yang aku kongsikan dekat atas ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Tidak semestinya 100% Benar, dan tidak semestinya 100% salah, bergantung pada perspektif dan pengalaman masing-masing.
Aku kongsi tips ni bukan lah nak kata aku dah berjaya dalam hidup aku. Cuma yang mampu aku katakan adalah, aku berjaya mengecilkan sedikit laluan perjalanan hidup aku agar lebih tertumpu.
Maaf kalau ada silap dan salah.
Tulus ikhlas,
Dr Najib Daud
Klinik Pergigian Dentist.malaya
The post TIPS NAK RESIGN KERJA GOVERNMENT appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2CqRQep
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment