Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guardian XO Ialah Eksorangka Yang Meningkatkan Kemampuan Mengangkat Beban Sehingga 20 Kali Ganda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guardian XO Ialah Eksorangka Yang Meningkatkan Kemampuan Mengangkat Beban Sehingga 20 Kali Ganda

Eksorangka Power Loader membolehkan Allen Ripley bergusti dengan Ratu Alien pada babak kemuncak filem fiksyen sains Aliens. Ia pada asalnya direka untuk mengangkat senjata yang digunakan pada pesawat marin angkasa lepas. Power Loader mungkin adalah fiksyen dari minda James Cameron tetapi ia kini semakin hampir menjadi realiti.

Guardian XO ialah eksorangka yang direka oleh Sarcos. Ia direka untuk digunakan oleh buruh binaan. Eksorangka ini dapat meningkatkan kemampuan mengangkat beban individu sehingga 20 kali ganda. Menurut Sarcos, buruh boleh mengangkat beban seberat 90 kilogram tanpa mengalami sebarang kecederaan tubuh atau beban 45 kilogram akan terasa seperti mengangkat beban 2.5 kilogram sahaja. Untuk berfungsi, Guardian XO memerlukan sumber kuasa 400W. Pihak Sarcos bercadang memasarkan eksorangka ini pada tahun 2020 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2rMkdxA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.