Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Play Store Membuang 23 Aplikasi Yang Menyebabkan Bateri Peranti Pantas Dihabiskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Play Store Membuang 23 Aplikasi Yang Menyebabkan Bateri Peranti Pantas Dihabiskan

Beberapa hari yang lepas, Google telah membuang dua aplikasi dari Google Play Store. Aplikasi yang dibuang ini adalah dari pembangun yang terkenal dengan aplikasi Clean Master iaitu Cheetah Mobile. Aplikasi ini dibuang kerana berkait dengan isu penipuan pengiklanan.

Android

Baru-baru ini, Google telah membuang 23 aplikasi dari Google Play Store. Aplikasi-aplikasi ini dibuang kerana ia menyebabkan bateri peranti yang memasang aplikasi ini cepat habis. Walaupun pengguna telah force stop‘ aplikasi ini dari tetapan, ia masih lagi berjalan di latar. Berikut adalah senarai aplikasi yang dibuang;

  1. Sparkle FlashLight
  2. Snake Attack
  3. Math Solver
  4. ShapeSorter
  5. Tak A Trip
  6. Magnifeye
  7. Join Up
  8. Zombie Killer
  9. Space Rocket
  10. Neon Pong
  11. Just Flashlight
  12. Table Soccer
  13. Cliff Diver
  14. Box Stack
  15. Jelly Slice
  16. AK Blackjack
  17. com.maragona.colortiles
  18. Color Tiles
  19. Animal Match
  20. Roulette Mania
  21. HexaFall
  22. HexaBlocks
  23. PairZap

Selain daripada menyebabkan bateri peranti cepat habis, aplikasi-aplikasi ini turut menggunakan kuota/akses internet pengguna untuk memuat turun data dari pelayan pengiklanan untuk menipu. Penipuan ini hampir sama dengan kes Cheetah Mobile, iaitu untuk menuntut duit keuntungan secara tidak sah. Aplikasi-aplikasi ini turut mempunyai kod khas di dalamnya untuk memuat turun data-data secara rahsia.

Walaupun dalam Google Play Store mempunyai Google Play Protect terbina untuk mengesan aplikasi-aplikasi yang bahaya ini. Tetapi tidak salah untuk anda semak, sama ada aplikasi di pasang pada peranti anda atau tidak dan terus membuangnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zMXsy4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.