Ujian Penanda Aras Menunjukkan Snapdragon 855 Lebih Berkuasa Berbanding Exynos 9820
Snapdragon 855 dan Eyxnos 9820 ialah dua cip yang bakal digunakan pada peranti Samsung Galaxy S10. Secara tradisinya, cip keluaran Exynos adalah lebih berkuasa berbanding Snapdragon seperti yang dilihat tahun lalu. Tetapi tahun ini ia mungkin berbeza dengan cip Snapdragon berjaya memintas prestasi Exynos.
Grafik markah penanda aras di atas dikongsi oleh akaun Weibo rasmi Antutu Labs. Ia menunjukkan Snapdragon 855 mencatatkan 343051 markah dalam ujian mereka dan Exynos 9820 pula mencatatkan 325067 markah dalam ujian yang sama. Ini adalah perbezaan kemampuan sebanyak 5.5%.
Markah penanda aras ini dicatatkan pada peranti yang masih lagi sedang diuji dan tidak mencerminkan produk akhir. Tetapi umum diketahui Snapdragon 855 dihasilkan menggunakan teknologi 7nm tetapi Exynos 9820 menggunakan teknologi 8mm. Ini mungkin memberikan kelebihan kepada cip keluaran Qualcomm.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L3v8fb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment