Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Hadir Dengan Jam Tangan Mekanikal Baharu – Ciga Design Siri Z - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Hadir Dengan Jam Tangan Mekanikal Baharu – Ciga Design Siri Z

Pada bulan April yang lepas, Xiaomi telah memperkenalkan seutas jam tangan mekanikal premium yang berharga lebih dari RM500. Jam tangan tersebut adalah hasil kerjasama dengan Ciga Design. Keunikan terhadap rekaan jam ini membuatkan Xiaomi memenangi anugerah emas IF’s 2017.

Terkini, Xiaomi hadir dengan pengganti buat jam ini. Ia adalah Ciga Design Siri Z. Rekaan jam tangan mekanikal ini bukan lagi bulat tetapi adalah petak. Kemudian, muka jamnya kali ini – memperlihatkan komponen-komponen mekanikal dengan lebih jelas. Kaca pada muka jam pula adalah daripada kaca campuran dengan nilam. Bahan binaan pula adalah dari besi 316L yang kuat. Seperti jam mekanikal lain, ia tidak menggunakan bateri tetapi bergantung kepada pergerakan tangan dan gear di dalam jam tersebut.

Jam tangan mekanikal Ciga Design Siri Z ini hadir dengan 4 piihan tali jam. 3 daripadanya adalah silikon berwarna merah, biru, hitam dan yang lagi satu adalah kulit. Ia dijual melalui laman biayasama Xiaomi, Youpin pada harga RMB999 – iaitu sekitar RM605.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2E7t44c

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.