Hi! Welcome Back and Stay Tune! TERBONGKAR – Ini Yang Terjadi Sebelum Sepakan Penalti Thailand Hingga Buat Pemain Thai Tersebut Hilang Fokus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TERBONGKAR – Ini Yang Terjadi Sebelum Sepakan Penalti Thailand Hingga Buat Pemain Thai Tersebut Hilang Fokus

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini.
Gol pertama skuad Harimau Malaya itu dijaringkan oleh Muhammad Syahmi Safari pada separuh masa pertama.


Manakala gol kedua pula dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-71. Malaysia bernasib baik apabila sepakan penalti Adisak kraisorn pada minit terakhir tersasar. Malaysia berjaya ke final dan akan bertemu sama ada Vietnam atau Philipphines.
Sebelum itu, Kapten skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, percaya terhadap kemampuan mereka untuk mendapatkan gol di Stadium Rajamangala sambil menegaskan Thailand pasti lebih tertekan menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 malam ini.
Zaquan, yang telah menjaringkan tiga gol dalam kejohanan kali ini, percaya Thailand selaku tuan rumah pasti lebih tertekan untuk memenuhi tuntutan penyokong sendiri, lapor Astro Arena.
Selain itu, sekiranya Malaysia meraih keputusan seri dengan jaringan di Bangkok, aksi final sudah pasti menjadi milik Harimau Malaya, sekali gus menambahkan lagi tekanan buat pasukan bimbingan Milovan Rajevac itu yang hadir dengan status juara bertahan.
“Bagi saya, tiada yang mustahil dalam kamus bola sepak. Apa sahaja boleh berlaku selagi dapat berpegang dengan kekuatan mental dan semangat. Masing-masing sudah tahu peranan,” kata Zaquan.
“Sudah tentu jaringan akan memberikan tekanan kepada lawan. Namun, kami tidak boleh tergopoh-gopoh. Apa yang pasti, mereka sedang tertekan kerana akan beraksi di laman sendiri. Kami bermain tanpa tekanan kerana lawan pasti sedar, jika kami menyumbat gol, kelebihan berpihak kepada kami.
“Thailand dalam keadaan takut untuk berdepan Malaysia,” ujarnya lagi.
Kredit : Astro Awani

✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2G85jvD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.