Mozilla Tidak Begitu Gembira Dengan Peralihan Microsoft Menggunakan Enjin Chromium
Microsoft semalam telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menggunakan enjin Chromium pada pelayar web Microsoft Edge – sekaligus membawakan penjimatan kepada pihak Microsoft, selain mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri baru dengan pantas ke pelayar web mereka.
Kini, lanjutan daripadanya, pihak Mozilla mengeluarkan komen rasmi – mengatakan peralihan Microsoft menggunakan enjin Chromium ini tidak begitu sihat untuk arena web. Seperti ramai sedia maklum, Chromium merupakan projek sumber terbuka daripada Google yang menjadi asas kepada pelayar web Chrome. Terdapat beberapa pelayar web lain yang turut menggunakan enjin Chromium, termasuk salah satunya adalah Opera.
Peralihan ini oleh Microsoft sekaligus memberikan lebih dominasi kepada penggunaan enjin Chromium – dan mungkin secara tidak langsung menguntungkan pihak Google. Dan hal ini semestinya tidak begitu memberikan kesan baik kepada pihak Mozilla.
Menyentuh secara ringkas mengenainya, Mozilla mengatakan sekiranya Chromium mendominasi dan digunakan meluas, maka pembangun web mungkin tidak akan mengoptimasikan perkhidmatan mereka kepada pelayar web lain selain Chromium – sekaligus memberikan impak kepada pelayar web lain seperti Firefox.
Pada hari ini, Chrome sedia mendominasi pasaran pelayar web – dan ia diikuti oleh Firefox dan Edge. Peralihan Edge ke enjin Chromium sekaligus akan lebih memudahkan para pembangun, dimana mereka mungkin tidak perlu menghabiskan lebih masa untuk mengoptimasikan web untuk pelbagai enjin berbeza.
Microsoft sebelum ini telah mengatakan pelayar web Edge baru berasaskan Chromium akan hadir pada tahun 2019 kelak, dimana ia bukan sahaja ditawarkan untuk Windows 10 – tetapi juga Mac, Windows 7 dan Windows 8.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2G2tHP6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment