Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Nova 3i – Telefon Pintar Dengan Keupayaan Kamera AI Yang Baik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Nova 3i – Telefon Pintar Dengan Keupayaan Kamera AI Yang Baik

Tahun ini, Huawei telah melancarkan dua buah model telefon pintar di bawah keluarga Nova, iaitu Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i. Huawei Nova 3i merupakan kemaskini untuk telefon pintar Nova 2i. Nova 3i membawakan rekaan yang telah dikemaskini daripada Huawei Nova 2i dengan rekaan yang lebih moden dan mengikut trend terkini selain masih mengekalkan penawaran yang memfokuskan fungsi swafoto.

Bagi anda yang suka mengambil gambar swafoto, telefon pintar ini sangat sesuai dengan anda. Hal ini kerana, teknologi yang disertakan pada kamera Huawei Nova 3i ini sangat bagus untuk anda yang suka bergambar, sama ada mengambil penggambaran biasa atau pun swafoto.

Sokongan kamera adalah salah satu ciri yang akan dipertimbangkan oleh orang ramai sebelum membeli telefon pintar mereka. Huawei Nova 3i ini dilengkapi dengan sokongan dwi kamera untuk rakaman swafoto yang telah digabungkan dengan sensor 24MP bersama 2MP. Manakala untuk rakaman biasa pada kamera belakangnya pula, telefon pintar ini juga turut dilengkapi dengan dwi-kamera belakang yang menggabungkan sensor 16MP bersama 2MP.

Nova 3i ini menerima sokongan Artificial Intelligence (AI) yang mana dengan sokongan ini, ia dapat menghasilkan rakaman yang lebih cantik dan berkualiti. Dengan bantuan AI ini juga, kamera Nova 3i berupaya untuk membuat pengecaman objek sehingga lebih daripada 500 situasi.

Untuk kamera hadapan, telefon pintar ini mampu membuat pengecaman objek dengan membezakan dan mengelaskannya kepada 8 jenis kategori. 8 jenis kategori tersebut adalah Blue Sky, Plant, Night, Flower, Beach, Room, Snow dan Stage Performance.

Bagi kamera utama pula, telefon pintar ini mampu membuat pengecaman objek dengan mengelaskanya kepada lebih daripada 20 kategori. Antaranya adalah Group Photo, Panda, Text, Waterall, Fireworks, Auto, dan Ancient Building.

Dengan bantuan teknologi AI ini, ia membolehkan anda untuk mengambil gambar yang baik hasil daripada proses pengecaman objek dan situasi. Hal ini kerana, pengecaman objek dan situasi yang dibuat akan menghasilkan efek warna yang sesuai dan cantik serta bersesuaian dengan subjek utama di dalam gambar.

Antaramuka pada aplikasi kamera telefon pintar ini juga dilihat sangat kemas dan terdapat banyak fungsi lain padanya. Antara yang terbaru adalah fungsi Qmoji yang membolehkan anda untuk meletakkan animasi pada riak wajah anda, berdasarkan pergerakkan mulut, kening dan suara anda. Fungsi ini boleh dirakam dalam bentuk gambar, video, ataupun GIFs dengan penuras (filter) berbentuk seperti pingguin, arnab, kucing dan banyak lagi yang comel.

Pada aplikasi kamera ini juga membolehkan anda untuk mengubah latar belakang gambar mengikut pilihan yang bersesuaian dengan kehendak anda. Terdapat beberapa penuras gambar latar yang telah terbina padanya dan sangat comel untuk digunakan terutamanya kepada pengguna wanita.

Fungsi ini juga boleh menghasilkan rakaman video yang mempunyai muzik yang ceria dan comel. Hasil rakaman ini juga boleh dikongsikan kepada kenalan anda yang lain. Begitu juga dengan fungsi AR Lens, yang juga membolehkan anda untuk menghasilkan gambar atau video dengan animasi yang berbentuk 3D.

Kamera Huawei Nova 3i ini juga terdapat fungsi Gesture Effects yang mana dengannya membolehkan anda untuk membuat rakaman gambar dan video dengan hanya menggunakan isyarat tangan sahaja. Dengan fungsi yang terdapat pada kamera ini, ia dapat memudahkan proses merakam gambar dan video anda tanpa perlu menyentuh pada butang kamera.

Telefon pintar ini juga mampu menghasilkan gambar yang baik, sama ada menggunakan kamera hadapan atau kamera belakang. Fungsi Night Mode yang terbina pada telefon pintar ini dapat menghasilkan gambar yang cantik dengan pewarnaan yang terang walaupun anda berada di persekitaran yang gelap atau malap. Kawalan exposure pada gambar juga kelihatan agak seimbang dan tidak keterlaluan walaupun gambar yang diambil terlebih atau kurang pencahayaan.

Sokongan AI yang terdapat pada kamera telefon pintar ini juga membolehkan anda untuk menghasilkan gambar yang baik walaupun posisi anda kurang stabil apabila mengambil gambar. Hal ini kerana kameranya menyertakan sokongan AI Image Stabilization (AIS), yang mana ia amat berguna untuk menyelamatkan gambar anda yang kabur dengan mengurangkan kesan gegaran walaupun anda berada dalam posisi yang kurang stabil selama 6 saat.

Teknologi AI yang disertakan pada fungsi Image Stabilization ini akan menganalisa kesan gegaran ketika gambar diambil dan menggabungkan beberapa frame yang baik untuk menghasilkan gambar yang tajam dan baik tanpa kesan gegaran. Hal ini sekaligus membolehkan anda untuk mengambil gambar dengan baik dan tajam tanpa perlu menggunakan sebarang prop tambahan untuk menstabilkan posisi, seperti tripod.

Kebanyakkan fungsi rakaman slow mo hanya terdapat pada peranti-peranti kelas pertama sahaja. Berbeza dengan peranti peranti pintar keluaran Huawei, telefon pintar Nova 3i mereka hadir dengan fungsi kamera seakan peranti kelas pertama. Hal ini kerana telefon pintar ini juga mempunyai fungsi rakaman slow mo pada kameranya.

Rakaman slow mo pada kadar 480 fps atau 120 fps boleh dibuat menggunakan telefon pintar ini. Dengan fungsi ini juga, anda boleh memilih untuk membuat rakaman menggunakan mod automatik, manual, mod slow-mo atau juga mod super slow mo. Rakaman mod slow mo akan menghasilkan rakaman video yang mempunyai gerakan yang lebih terperinci daripada rakaman video untuk mod slow mo yang biasa.

Selain itu, fungsi High Dynamic Range (HDR) Pro pada telefon pintar ini juga mampu menghasilkan gambar yang cantik kerana telefon pintar ini akan mengambil sudut gambar yang baik sahaja dan menggabungkannya menjadi satu gambar yang cantik walaupun terdapat efek backlight di dalam gambar tersebut. Hal ini kerana fungsi ini dibantu dengan sokongan teknologi AI yang disertakan bersama kamera Huawei Nova 3i.


Kesimpulannya, telefon pintar ini mempunyai sokongan kamera yang sangat baik kerana ia menyokong teknologi AI. Sokongan ini sangat membantu dalam penghasilan gambar yang cantik, sama ada untuk membuat rakaman gambar atau pun video.

Selain hadir dengan sokongan dwi kamera hadapan dan belakang yang baik, telefon pintar ini membawakan rekaan skrin 6.3 inci, dijana dengan cip pemprosesan HiSilicon Kirin 710, memori 4GB RAM bersama storan 128GB, bateri berkapasiti 3340mAh, dan boleh dicas menggunakan kabel mikro-USB. Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan sokongan GPU Turbo yang mana dengannya, penggunaan bateri boleh dikurangkan sekaligus membolehkan anda untuk menggunakan telefon pintar dalam tempoh masa yang lebih lama.

Di Malaysia, telefon pintar ini boleh didapati dengan pilihan warna hitam, ungu (Iris Purple) dan Putih Mutiara (Pearl White) pada harga RM1099 sahaja. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya di laman rasmi Huawei atau pengedar-pengedar rasmi mereka.

Beli : Huawei Nova 3i Melalui Laman Rasmi Huawei

Penafian: Advertorial daripada Huawei Malaysia



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2TdZe2x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.