Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebuh Raya Pintar Akan Dibuka Di China Menjelang 2022 Untuk Kenderaan Swapandu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebuh Raya Pintar Akan Dibuka Di China Menjelang 2022 Untuk Kenderaan Swapandu

Kenderana swapandu sudah mula dibangunkan sejak lima tahun kebelakangan ini namun ia masih di tahap tiga autonomi yang memerlukan pemandu manusia di belakang stereng untuk situasi kecemasan. Banyak usaha sedang dilakukan bagi membangunkan sistem swapandu dengan tahap lima autonomi yang menyerupai kemampuan pemandu manusia.

Di China lebuh raya pintar pertama enam lorong sepanjang 161 kilometer sedang dibina di antara Hangzhou dan Ningbo. Ia akan dilengkapi pelbagai sensor bagi menyokong kenderaan berhubung pada masa akan datang. Apabila berlaku kemalangan, kenderaan akan memberikan isyarat kepada sistem yang kemudian memberikan amaran kepada kenderaan berhubung yang lain. Kenderaan lain secara automatik akan berubah lorong dengan selama dan lancar tanpa menimbulkan kesesakan lalulintas.

Dengan sistem kenderaan berhubung ini juga, kenderaan swapandu akan secara automatik memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan. Akhir sekali kenderaan pintar boleh memberikan isyarat untuk menukar lorong dan kenderaan lain akan memberikan ruang yang secukupnya bagi mengelakkan kemalangan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2CANpy1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.