Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jam Tangan Pintar Samsung Baharu Akan Kekal Dengan Tizen Dengan Integrasi Bixby Yang Lebih Mendalam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jam Tangan Pintar Samsung Baharu Akan Kekal Dengan Tizen Dengan Integrasi Bixby Yang Lebih Mendalam

Wear OS adalah sistem operasi untuk jam tangan pintar yang banyak pengeluar gunakan, watchOS pula adalah yang digunakan Apple pada Apple Watch dan Tizen pula adalah sistem operasi untuk jam tangan pintar Samsung. Tahukah anda, yang Samsung pernah uji Wear OS untuk jam tangan pintar mereka dan dikatakan itu adalah sistem operasi baharu untuk jam tangan pintar mereka.

Tetapi, pada pelancaran Galaxy Watch – Samsung dilihat kekal menggunakan Tizen dan tiada langsung petanda mengenai Galaxy Watch dengan Wear OS. Terkini, laporan mengatakan jam tangan pintar Samsung yang akan datang turut akan kekal dengan Tizen. Cuma kali ini, ia akan mempunyai integrasi Bixby yang lebih mendalam. Bixby adalah pembantu maya tersendiri Samsung dan dengan integrasi Bixby pada jam tangan pintar Samsung ini – pengguna mungkin akan lebih banyak menggunakan Bixby dan bukan pembantu maya lain.

Menurut SamMobile, jam tangan pintar baru ini adalah siri Sport mereka dan mungkin akan dinamakan Galaxy Sport. Samsung Gear Sport adalah jam tangan pintar terakhir mereka dengan penjenamaan Gear. Jadi, dengan nama Galaxy Sport ia akan lebih selari dengan produk-produk Samsung Galaxy yang lain. SamMobile mengatakan model untuk jam tangan ini adalah SM-R500 dan kod namanya adalah Pulse. Versi Tizen pada Pulse ini adalah R500XXE0ARL5. Tambahan SamMobile lagi, integrasi Bixby ini adalah pada Bixby Reminder. Ia adalah untuk memberi notifikasi seperti mula bersenam atau memperingatkan lokasi parkir kereta.

Tidak dinafikan, selepas jam tangan pintar ini dilancarkan – Galaxy Watch dengan Tizen yang sekarang akan menerima kemaksini yang serupa. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2V4pHBn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.