Hi! Welcome Back and Stay Tune! SKMM Menekankan Untuk Memastikan Peranti Mudah-Alih Anda Mempunyai Pengesahan SIRIM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SKMM Menekankan Untuk Memastikan Peranti Mudah-Alih Anda Mempunyai Pengesahan SIRIM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini telah mengeluarkan notis, dimana mereka sekali lagi menekankan supaya memastikan peranti mudah-alih yang dimiliki anda mempunyai pengesahan pihak SIRIM.

Pada hari ini, dengan perkembangan arena e-dagang, terdapat ramai pengguna yang membeli peranti secara import dan menggunakannya di Malaysia tanpa pengesahan SIRIM. Hal ini sekaligus membawa kepada peningkatan kes-kes berkaitan gangguan frekuensi gelombang.

Ini kerana peranti di luar negara mungkin menggunakan frekuensi gelombang berbeza dengan Malaysia untuk perkhidmatan selular dan sebagainya. Dengan menggunakan peranti yang tidak mempunyai pengesahan Sirim, terdapat kebarangkalian yang mana peranti yang anda miliki menganggu frekuensi sekaligus menjejaskan pengalaman pengguna lain.

Sebelum ini, SKMM pernah mengatakan yang mana seseorang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tidak melebihi 6 bulan sekiranya memiliki atau menjual peranti tanpa label SKMM.

Pengguna boleh menyemak peranti mereka sama ada mempunyai pengesahan SIRIM atau sebaliknya melalui perkhidmatan Check Your Label yang disediakan oleh SKMM – sekaligus memastikan kesahihan dan keaslian sesuatu produk berkenaan sebelum membelinya.

Layari : Check Your Label



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2EOj01j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.