“Rumah sewa aku gagal jana cashflow. Apa nak buat?”
Tuan rumah mana tak pening kepala, bila rumah sewa tak jana aliran tunai positif (positive cashflow)?
Kalau tanya mana-mana pelabur hartanah pun, semua akan berusaha sehabis baik untuk capai objektif ini.
Ramai yang mengadah bila ‘terkena’ masalah ini. Dan biasanya, akan jadi kelam-kabut sebab tak rangka pelan tindakan betul-betul.
Buat yang tengah mencari jalan penyelesaian, korang akan tahu apa nak buat lepas hadamkan ilmu power hari ini.
Tanpa buang masa lagi, jemput hadamkan perkongsian ini laju-laju.
Tip #1 : Anda ada pelan pelaburan yang solid?
Pelaburan korang tak bermakna kalau takde pelan tindakan yang mantap (solid).
Perkara terakhir yang seorang pelabur hartanah akan buat, adalah membeli sebuah hartanah tanpa sebarang pelan.
Dengan kata lain, mereka ni jenis yang hadap je segala ujian yang mendatang.
Cuma, bukan satu perkara bijak kalau kita tak punya sebarang pelan tindakan bila berdepan dengan masalah ini.
“Kenapa kita tak berjaya jana positive cash flow? Macam mana nak atasi kalau masalah ini menyerang kita?”
Ini adalah antara soalan yang korang boleh cari jawapan. Cari punca masalah, dan korang akan dapat selesaikan dan elak masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
Dan yang paling kerap berlaku, ramai pelabur terpaksa tanggung kos yang lebih daripada sepatutnya bila masalah ni melanda. Percaya la cakap Tok, korang tak nak hadap masalah ni.
Jadi fleksibel dan segera sesuaikan diri dengan keadaan semasa
Seorang pelabur yang baik akan sentiasa merangka pelan tindakan untuk hadapi masalah ini (yang selalunya, tak dijangka).
Dan sementara korang tengah rangka pelan tindakan, jangan lupa pulak untuk rangka sekali pelan keluar (exit plan).
Tok boleh simpulkan. Tak memadai kalau korang sekadar ada pelan pelaburan semata-mata.
Korang jugak kena belajar jadi fleksibel dan menyesuaikan diri mengikut situasi semasa.
Dunia pelaburan sentiasa berubah, dan tugas korang adalah sesuaikan diri dengan setiap situasi. Dan korang ada kuasa untuk ubah pelan pelaburan sedia ada.
Mungkin sekarang, dah tak sesuai untuk sewakan rumah kepada target prospek utama korang sebelum ni. Kena target prospek yang berbeza daripada yang terdahulu.
Mungkin jugak, korang kena tambah perabot dalam rumah untuk tingkatkan nilai sewaan, atau lebih menarik perhatian prospek yang baru.
Atau mungkin lebih afdal untuk korang refinance rumah sewa tu untuk dapatkan kadar faedah yang lebih rendah, supaya korang boleh ‘pegang’ rumah tu untuk jangka masa yang lebih lama.
Semua ini bergantung mengikut keperluan dan objektif pelaburan masing-masing.
Tip #2 : 3 alternatif elak masalah negative cash flow
Adakah model pelaburan tradisional (sewa secara bulanan) tak berjaya selesaikan masalah negative cash flow korang?
Apa yang korang boleh buat adalah mengkaji sebarang jalan alternatif yang ada.
Korang akan terkejut dengan beberapa idea yang boleh mengubah rentak pelaburan korang. Antara yang korang boleh gunakan seperti :
A) Tukar kepada konsep bed and breakfast
Kalau rumah korang tu cukup besar, korang boleh ubah daripada sewakan secara bulanan kepada konsep ini.
Lokasi, saiz rumah, dan nilai astetik adalah antara faktor utama yang korang wajib ambil kira. Dan yang pastinya, tak semua pelabur akan gunakan strategi ini.
Tapi kalau keadaan memaksa, ini antara strategi yang korang boleh gunakan untuk atasi masalah negative cash flow.
B) Strategi rent-to-own
Korang jugak boleh gunakan strategi ini.
Strategi ini dapat membantu penyewa korang yang tengah plan nak beli rumah, tapi tak lepas syarat kelayakan untuk membeli (contohnya sebab gaji atau lain-lain).
Masalah yang biasa berlaku adalah mereka tak lepas nak buat loan rumah.
C) Strategi short-term rental
Rumah korang terletak dekat dengan hospital, tempat komersial, atau universiti? Korang sesuai gunakan strategi ini.
Short-term rental bukan je boleh ubah negative menjadi positive cash flow, tapi membekalkan servis hotel yang mungkin tak mencukupi di sesebuah tempat.
Short-term rental adalah jawapan untuk prospek yang ada urusan bisnes untuk jangka masa pendek, atau student yang mencari rumah sewa setiap kali menjelang semester baru.
Ada banyak lagi alternatif lain selain yang Tok kongsikan kat sini. Yang pasti, gunakan yang masa sesuai dengan situasi dan objektif korang.
Tip #3 : Nak selamat? Wajib ada tunai dalam tangan
Pernah tanya tak diri sendiri. Adakah korang bersedia untuk hadapi masalah negative cash flow tu?
Ada pepatah mat saleh kata :
“Best offense is a good defense”
Kalau takde langsung simpanan tunai dalam tangan, susah untuk korang melabur dalam hartanah untuk jangka masa panjang.
Mungkin rumah sekarang tengah sedap menjana positive cash flow. Tapi ia tetap tak terlepas daripada kemungkinan negative cash flow, akibat dek perubahan pasaran hartanah.
Kita semua dah sedia maklum, yang pelaburan hartanah perlukan rizab tunai. Siapa yang takde, memang akan ada masalah.
Dan ini adalah kesilapan yang ramai pelabur (tak kira pelabur baru atau lama) buat.
Tip #4 : Simpan cash flow sebagai persediaan waktu terdesak?
Setiap kali korang dapat cash flow, gunakan duit tu pada perkara yang patut.
Bukan belanja ikut sedap hati setiap kali dapat duit. Ramai yang dapat duit, tapi belanja diri sendiri beli jam mahal, baju mahal, atau pergi bercuti.
Yang paling teruk, jenis yang kerap tukar kereta macam tukar baju. Ini jelas sekali kerja gila. Korang jangan buat pulak macam ni ya.
Dan jarang sekali pelabur simpan duit tu sebagai dana di waktu sempit.
Ini akan jadi punca utama korang pening kepala, kalau tiba-tiba terpaksa berdepan dengan masalah negative cash flow.
Apa anda patut buat dengan duit tu?
Kalau korang gunakan positive cash flow tu untuk kurangkan baki prinspal dan sebagai dana kecemasan, ini akan letakkan korang dalam kedudukan yang fleksibel sekiranya korang terpaksa hadapi waktu susah nanti.
Apa yang best tentang strategi ini?
Pada pendapat Tok, pelabur boleh meraih ganjaran yang baik apabila duit tu digunakan untuk langsaikan pinjaman hartanah secara keseluruhan.
Dan sebarang leverage (yang menyebabkan negative cash flow), akan dapat dikurangkan atau paling best, dapat dihentikan serta-merta.
Gunakan cash flow korang tu dengan baik, sebab ia 100% di bawah kawalan korang. Kalau tak kawal betul-betul, korang sendiri yang susah nanti.
—
Nak tak nak, korang kena rangka back-up plan sebagai persediaan untuk hadapi masalah ni.
Langit tak selalu cerah. Dan takde seorang pun dalam dunia ni yang boleh tilik masa depan dengan tepat. Tok yakin korang dah sedia maklum dengan perkara ni.
Kalau korang serius nak survive lama dalam pelaburan ni, amalkan apa yang Tok pesan ni ya.
The post “Rumah sewa aku gagal jana cashflow. Apa nak buat?” appeared first on Gila Hartanah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ENAJFh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment