Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kumpulan JOLED Mengumumkan Bahawa Paparan OLED Untuk Pasaran Komputer Akan Hadir Pada 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kumpulan JOLED Mengumumkan Bahawa Paparan OLED Untuk Pasaran Komputer Akan Hadir Pada 2019

Paparan OLED biasanya digunakan oleh pengeluar televisyen kerana ia hadir dengan kualiti gambar yang terbaik berbanding dengan panel-panel paparan lain yang ada di pasaran.

JOLED, sebuah kumpulan paparan Jepun yang terdiri daripada Sony dan Panasonic telah mengumumkan bahawa mereka akan mula membina paparan skrin untuk komputer bermula tahun 2019 kelak.

Paparan skrin OLED ini pada mulanya akan hadir pada saiz 21.6 inci pada resolusi Full HD 1920×1080 pixel, dan akan mempunyai sela-masa serendah 0.1ms. JOLED kemudiannya akan mula membina paparan beresolusi 4K pada saiz yang sama kemudian pada tahun yang sama.

Ini agak menarik kerana walaupun paparan OLED mempunyai warna yang paling cantik, sudut penglihatan terluas dan sela-masa serendah 0.1ms, salah satu sebab paparan OLED masih belum digunakan di dalam paparan komputer ialah isu burn-in, dimana paparan OLED akan hadir dengan kesan bekas imej jika sesuatu imej kekal pada skrin untuk satu jangka masa yang lama, dan kebanyakan paparan komputer akan hanya menunjukkan satu skrin sahaja untuk jangka-masa yang lama.

Apa-apa pun, ia adalah cukup menarik jika pihak JOLED akan hadir dengan skrin OLED ini untuk paparan komputer, kerana ia pastinya akan ditunggu oleh ramai penggemar permainan komputer.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2CxUu2a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.