Hi! Welcome Back and Stay Tune! Analisa kawasan: Seri Kembangan, kawasan segitiga emas? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Analisa kawasan: Seri Kembangan, kawasan segitiga emas?

Harini Tok nak kongsikan analisa kawasan dari otai pelabur hartanah Azlan Majid, yang sudah agak lama berada dalam dunia pelaburan hartanah ni sebenarnya.

Kawasan yang dimaksudkan adalah Taman Equine, Seri Kembangan. Untuk yang tinggal di Selangor, mesti tahu pasal tempat ni kan?

Tapi mesti ada beberapa benda yang korang, hatta penduduk Seri Kembangan sendiri pun tak tahu tentang kawasan yang didiami mereka sebenarnya.

Jadi, untuk yang bercadang nak kerja, berpindah, atau menetap di Seri Kembangan, artikel ini adalah satu kemestian untuk kalian baca dan hadamkan.

 


 

Bagi mereka yang tinggal di Selangor dan Seri Kembangan khususnya, Taman Equine sudah pastinya bukanlah kawasan yang asing apabila bercakap tentang daerah dan kawasan sekitar Seri kembangan.

Puchong Selatan ni apa pula? Puchong Selatan adalah penamaan semula dari nama asalnya iaitu Seri Kembangan memandangkan kawasan ini lebih dekat dengan Puchong dan beberapa projek yang boleh dikatakan berjaya sekaligus mengembangkan lagi keluasan Puchong itu sendiri.

Demografi

Kelebihan utama yang ada pada Taman Equine ini adalah lokasinya yang berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur dengan jarak perjalanan yang hanya mengambil masa 15-20 minit sahaja.

Selain itu, dari Taman Equine ini juga kalian boleh ke Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Puchong dan bandar Seri Kembangan dalam tempoh masa yang agak singkat iaitu sekitar 5 ke 10 minit sahaja.

Kelebihan yang dimiliki ini datang dengan jaringan beberapa buah lebuhraya utama yang ada dan merupakan faktor utama kebolehaksesan yang baik ke mana jua destinasi utama dalam kawasan bandar khususnya. Berikut adalah lebuh raya utama yang memberi akses kepada penduduk di kawasan ini:

  1.  Lebuhraya LDP
  2.  Lebuhraya Kesas
  3.  MRR2
  4.  Lebuhraya MEX
  5.  Lebuhraya Puchong-Sungai Besi
  6.  Lebuhraya Besraya
  7.  Lebuhraya SILK
  8.  Lebuhraya SKVE

Nak pergi KLIA pun takde la jauh sangat.

Kawasan ini juga giat membangun hasil dari komposisi kaum campuran. Perbandaran sekitar Taman Equine seperti Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana dan Taman Lestari Putra telah lama dibina lebih kurang 15-20 tahun yang lalu.

Seri Kembangan juga digelar sebagai ‘Segitiga Emas’ seterusnya dalam Projek Pembangunan Koridor Selatan. Dilaporkan pada tahun 2006, jumlah penduduk kediaman di Seri Kembangan dengan mengambilkira 15 minit jangkauan perjalanan di sekitar Seri kembangan (menjangkau ke Subang Jaya, Cyberjaya, Kajang, Mines, Serdang) adalah sebanyak 1 juta orang.

Jumlah populasi penduduk di Seri Kembangan sendiri saja dianggarkan sekitar 235,000 orang & sedang meningkat.

Berdasarkan kajian, kawasan ini juga banyak didiami oleh kebanyakan pegawai kerajaan muda, ahli profesional muda, ahli perniagaan & ahli politik memandangkan hanya 10-15 minit ke pusat pentadbiran Cyberjaya dan Putrajaya

Julat purata gaji pula berada di paras  RM3,000.00 – RM8, 000.00.

Variasi Produk Pembangunan

Walaupun datang dengan pakej seperti yang dinyatakan awal tadi, kawasan ini tidaklah diiktiraf sebagai antara kawasan pembangunan bertaraf mewah atau elitis. Ada projek pembangunan dan perumahan dalam kategori rendah sederhana dan sederhana atas.

Variasi projek hartanah berupa kediaman dan komersial ini meningkatkan lagi nilainya dari kacamata rakyat marhaen dan juga pelabur hartanah secara amnya selain antara faktor yang membuatkan kawasan ini dilihat agak menarik dan berpotensi untuk berkembang dengan lebih pesat lagi ditambah pula dengan peningkatan populasi di kawasan tersebut.

Beberapa buah institusi pendidikan tinggi seperti IACT College, Universiti Tenaga Nasional (UTN), Inti International College (IIC), Pujangga Management Institute, Taylors University, dan banyak lagi kolej swasta yang lain dibangunkan di kawasan berhampiran Seri Kembangan ini.

Prasarana asas yang lain seperti sekolah, hospital, dan klinik tu tak payah cakaplah, memang kat mana-mana daerah dan kawasan pun wajib ada benda ni.

Di bawah ini disertakan graf data berkenaan purata harga untuk hartanah landed dan high rise di Seri kembangan:

PENGANGKUTAN AWAM SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA (SSP LINE)-TAMAN EQUINE & BANDAR PUTRA PERMAI

Dalam mengkaji dan menganalisis kebolehpasaran suatu hartanah, keberadaan pengangkutan awam adalah antara elemen penting dan terutama dalam memberi nilai tambah kepada suatu projek pembangunan sekaligus memberi satu rantaian kesan berbentuk positif kepada kawasan berhampiran.

Di Seri Kembangan, kalian ada akses pengangkutan awam ke:

Laluan MRT 2 atau Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) bermula dari Sungai Buloh ke Putrajaya dengan Serdang Raya Utara, Serdang Raya Selatan, Seri Kembangan, Universiti Putra Malaysia, Taman Universiti, Taman Equine dan Taman Putra Permai.

KESIMPULAN

Bagi memudahkan kalian memahami apa yang ada di kawasan Bandar Putra Permai yang merangkumi Taman Equine, Seri Kembangan ini,  berikut disediakan rangkuman kemudahan dalam bentuk point.

a) Restoran:

AEON Jusco, GIANT McDonald · Barisan kedai-kedai (Gerai Mamak, restoran-restoran lain [tom yam], dobi, barangan runcit, bekalan perubatan tradisional, 7-Eleven, KFC, Pizza Hut, Domino’s, Papa Rich

b) Bank:

Maybank (Petronas-Pasar Borong, Taman Equine, Puncak Jalil) dan cawangan di Taman Equine · CIMB (Petronas-Pasar Borong, Taman Equine, Puncak Jalil)
Cawangan MBB / CIMB / HLB / PBB sudah berdiri teguh selama lebih setahun di Taman Equine

c) Stesen Petrol:

· EMPAT Petronas-Lebuhraya Bukit Jalil, Puncak Jalil, Taman Equine & selain Pasar Borong Selangor · Shell-Lebuhraya Bukit Jalil, Jalan Putra Permai
· Petron-Taman Puncak Jalil
· Caltex-Persiaran Lestari Perdana

d) Balai Bomba dan Balai Polis:

  • Balai Bomba & Penyelamat Bukit Jalil – 10km, 17 minit
  • Balai Bomba & Penyelamat Serdang Jaya, Seri Kembangan – 6.8km, 10 minutes
  • Serdang Police Station, Kinrara – 10.9km, 17 minutes
  • Balai Polis Serdang Jaya, Seri Kembangan – 7.3km, 11 minutes

e) Hospital:

  • Columbia Asia Hospital (Cheras Selatan, Balakong) · Hospital UPM · Hospital Putrajaya

f) Pusat membeli-belah:

  • Giant
  • Future Pavilion Bukit Jalil
  • IOI Resort City Mall
  • South City Mall
  • Mines Mall
  • IOI Mall
  • Setia Walk Mall

g) Pengangkutan Rel Moden (sedia ada & beroperasi):

  • LRT Bukit Jalil (Ampang Line), 8.9km, 14 minutes
  • KTM Serdang Station – 12.1km, 18 minutes (to be link with MRT line 2)
  • LRT Extension – Station 3 (Kinrara 9) – work in progress
  • LRT Extension – Station 4 (Giant Kinrara) – work in progress
  • U432, RapidKL – Puncak Jalil to Kota Raya
  1. h) 6 International Schools:
  • Alice Smith (Taman Equine) – 1 minute
  • Rafflesia International School (16 Sierra) – 3 minutes
  • Tanah rata International School (Country Heights, Kajang) – 10 minutes
  • ELC International School, (Cyberjaya) – 12 minutes
  • Australian International School (Seri Kembangan) – 12 minutes
  • Taylor International School, (Bukit Kayu Hitam) – 12 minutes
  1. i) 7 Universities:
  • Lim Kok Wing University (Cyberjaya) – 8 minutes
  • SEGI University College (Seri Kembangan) – 10 minutes
  • Perdana University (Serdang) – 15 minutes · UPM (Seri Kembangan) – 15 minutes
  • CUCMS (Cyberjaya) 15 minutes
  • UNITEN (Bangi 1) – 15 minutes
  • University Multimedia (Cyberjaya) – 18 minutes

The post Analisa kawasan: Seri Kembangan, kawasan segitiga emas? appeared first on Gila Hartanah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2TDbHwJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.